Bordeaux Berjaya Curi Satu Mata Bertemu PSG, Tamatkan Rentetan 14 Kemenangan Skuad Les Parisiens

Bordeaux

Pasukan di carta pertengahan liga, FC Girondins Bordeaux menjadi pasukan pertama yang berjaya menghalang Paris Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan dalam saingan Ligue 1 selepas mengikat gergasi Perancis itu 2-2 di Matmut Atlantique.

Seperti apa yang dialami Inter Milan pada pertembungan Serie A, PSG turut gagal mempertahankan kelebihan jaringan sebanyak dua kali untuk sekadar berpuas hati dengan keputusan seri.

PSG kehilangan khidmat Neymar pada minit ke-57 selepas bintang ternama kelahiran Brazil itu dilaporkan mengalami kecederaan ‘groin’.

Neymar membuka tirai jaringan ketika perlawanan berusia 34 minit selepas gerakan yang dimulakan oleh beliau terus mencari Dani Alves di sebelah kiri gawang Bordeaux.

Alves kemudiannya melakukan hantaran lintang buat Neymar yang sudah bersedia untuk menyudahkan dengan tenang bagi gol pendahuluan buat PSG.

Jimmy Briand menjadikan kedudukan 1-1 di minit ke-53 selepas beliau menyempurnakan peluang dalam kawasan penalti hasil ‘cutback’ dilakukan Yann Karamoh.

Tersentak dengan jaringan tersebut, PSG memperkemaskan aksi dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-66 menerusi Kylian Mbappe.

Mbappe yang mendapat lorongan cantik daripada Marco Veratti di tengah padang, melepaskan rembatan yang gagal diselamatkan penjaga gol pasukan tuan rumah, Benoit Costil.

Andreas Cornelius muncul wira buat Bordeaux selepas penyerang gantian kelahiran Denmark itu berjaya menanduk masuk bola pada minit ke-84, berpunca dari hantaran lintang dilakukan Maxime Poundje bagi mencuri satu mata berharga bertemu pendahulu liga tersebut.

Keputusan ini bagaimanapun tidak memberikan kesan buat PSG yang gah menghuni tangga teratas apabila berkelebihan 14 mata di hadapan pasukan tangga kedua, Montpellier.

Bordeaux kini menduduki tempat ke-11 selepas mengumpul 18 mata setelah melalui 15 perlawanan Ligue 1.

Kredit foto: FC Girondins de Bordeaux

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN