Copa Libertadores: River Plate Enggan Bermain Di Bernabeu, Anggap Ia Penindasan Kepada Penyokong

River Plate semalam – 1 Disember 2018 – mengeluarkan kenyataan mereka tidak mahu bermain dalam final kedua Copa Libertadores yang akan dilangsungkan di Santiago Bernabeu, Madrid.

River Plate menganggap tindakan CONMEBOL itu sebagai tidak boleh difahami. Bagaimana mereka boleh memindahkan perlawanan melibatkan 2 pasukan Argentina sehingga ke Eropah?

CONMEBOL sebelum ini mengumumkan final kedua Copa Libertadores pada 9 Disember ini diadakan di Bernabeu selepas penyokong River Plate menyerang bas pemain Boca Juniors.

River Plate sudah mengemukakan rayuan pada Jumaat lalu. Mereka membantah lokasi baharu perlawanan itu. Dan selepas rayuan mereka tidak dilayan oleh CONMEBOL, River Plate menyatakan mereka tidak akan terlibat dalam final kedua itu.

“Merujuk kepada kenyataan oleh CONMEBOL pada Jumaat 30 November, River Plate mengesahkan bahawa kami tidak menerima perubahan venue yang ditetapkan.”

“Kelab telah mengambil kira aspek di mana keputusan itu telah mencemari pertandingan, memberikan impak kepada mereka yang telah membeli tiket dan mencabuli kesamarataan apabila kami kehilangan status pasukan tuan rumah.”

River Plate didenda $400,000 dan diarahkan bermain 2 perlawanan di stadium kosong oleh CONMEBOL selepas ini. Dalam kenyataan media yang sama, River Plate kecewa kerana insiden kejadian itu di luar perimeter acara. Ianya berada di tempat awam. Oleh itu River Plate berpendapat, tanggungjawab keselamatan adalah bukan di tangan mereka.

River Plate menyatakan kekesalan mereka ke atas insiden itu dan mengutuk tindakan penyokong mereka yang terlibat, namun mereka menjelaskan, ia bukan bermakna mereka adalah pihak yang harus menanggung akibat daripada insiden itu.

Penguatkuasa keselamatan seharusnya menambah anggota mereka di kawasan berdekatan dengan stadium. River Plate juga mahu CONMEBOL tahu bahawa ramai penyokong yang telah membeli tiket dan mereka menunggu sehingga 8 jam di dalam stadium – pada hari kejadian.

“Lebih 66,000 penyokong hadir ke stadium dan menunggu dengan sabar sehingga 8 jam pada Sabtu. Dan pada Ahad mereka datang lagi untuk kali kedua, kerana menjangkakan perlawanan itu akan diadakan Ahad.”

“Sekarang ini, kesemua penyokong itu dinafikan hak mereka – tanpa keadilan. Dan kini mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi kerana jarak lokasi baharu yang dipilih [terlalu jauh].”

“Tindakan tersebut sangat tidak boleh difahami kerana perlawanan clasico paling penting di Argentina tidak sepatutnya diadakan di negara yang hari berikutnya mengadakan Kemunca G20.”

“Bola sepak Argentina dan FA Argentina (AFA) tidak sepatutnya membiarkan beberapa orang yang ganas menghalang perkembangan Superclasico di negara kita.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN