Thailand menjadi pasukan yang paling digeruni dalam temasya kali ini walaupun tidak membawa beberapa pemain utama mereka. Namun kualiti mereka tetap ada.
Dalam aksi separuh akhir pertama di antara Malaysia dan Thailand, perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan.
Malaysia dominan namun tak memanfaatkan peluang
Malaysia sangat dominan dalam perlawanan ini. Malaysia membuatkan Thailand sukar untuk mendapat rentak dan berhadapan masalah gagal untuk ‘settle down’ kerana Malaysia berterusan menyerang.
Bek sisi Thailand didedahkan dengan bahaya. Thailand memberikan ruang yang besar kepada Mohamadou Sumareh dan Safawi Rasid di sisi. Sementara itu di kawasan padang (tight area) – Thailand gagal melindungi zon tersebut.
Malaysia menekan Thailand dengan mewujudkan banyak pertarungan dengan unit pemain yang ramai ataupun cukup (sufficient).
Lihat situasi di mana Malaysia bermain di ‘tight area’ dengan sokongan yang baik. Walaupun hilang bola, Malaysia memenanginya semula kerana ‘cover’ yang cukup.
Selepas beberapa hari kita berbincang tentang kualiti killer passes – dalam perlawanan ini Malaysia melakukan banyak sekali killer passes terutamanya di zon serangan. Seterusnya, Malaysia meningkatkan aspek kreativiti dengan mencipta banyak peluang gol.
13 percubaan ke arah gol dilakukan hanya 2 yang tepat. Itu adalah masalah utama Malaysia. Ianya adalah masalah teknikal bukannya taktikal.
Dari segi taktikal Malaysia kali ini lebih baik dan tajam dengan penguasaan bola tinggi. Bukan seperti beberapa perlawanan sebelum ini di mana penguasaan bola itu agak banyak fasa yang syok sendiri dan tak penetratif.
Thailand defensif
Thailand tampil dengan taktikal lebih defensif. Mereka sukar untuk bermain dengan corak permainan mereka kerana ramai pemain mereka ‘isolated’. Adisak Kraisorn terputus hubungan dengan rakan-rakan beliau.
Thailand bermasalah dengan binaan serangan mereka. Penjaga gol mereka banyak melakukan hantaran dan sepakan yang lemah (poor kick) menyebabkan bola terus dimenangi oleh Malaysia.
Kebanyakan serangan mereka adalah daripada serangan balas. Kekuatan mereka adalah ‘fast break attack’ yang mampu mengatasi garisan tinggi Malaysia. Mereka ada koordinasi gerakan tanpa bola dan kemampuan pemain melakukan pinch pass.
Aspek ini harus digariskan Tan Cheng Hoe dalam perlawanan kedua nanti. Beberapa kali Thailand melepasi garisan pertahanan akhir Malaysia yang tinggi. Kedudukan garisan pertahanan dan body positioning pemain Malaysia perlu diperbaiki.
Kemudian aspek pressing di hadapan juga perlu lebih baik kerana Malaysia dalam keadaan garisan tinggi. Lihat contoh di bawah ini, pemain tengah Thailand hanya memerlukan sedikit ruang untuk membebaskan (releasing) rakan mereka di atas.
Dalam situasi di bawah ini anda melihat garisan pertahanan tak diuruskan dengan lebih sistematik.
Ini satu lagi contoh:
Kedua-dua contoh di atas memerlukan Farizal Marlias keluar untuk mengekang ancaman itu. Beliau melakukan tugas dengan sangat baik.
Seterusnya dari segi pertahanan Thailand terlalu memberikan ruang untuk pemain sayap Malaysia ruang untuk masuk ke dalam. Mereka kompak tetapi kerapkali tidak cukup agresif untuk mematikan ancaman apabila ia masuk ke dalam.
Rumus mudah adalah, apabila pemain lapisan kedua daripada bahagian sayap pasukan lawan, ianya memerlukan pemain sayap Thailand untuk mengawal ancaman itu. Ancaman daripada lapisan kedua ini terutama bek sisi Malaysia, gagal dimatikan.
Dalam rajah di bawah ini, Sumareh berada di lapisan kedua itu bersama Syazwan Andik. Dalam banyak situasi Syahmi Safari menjadi ancaman daripada belakang yang memberikan banyak masalah kepada Thailand.
Rumusan
Malaysia bermain baik secara taktikal, banyak membuli Thailand terutama pada separuh masa pertama. Thailand mengakui mereka terpaksa bertahan sepanjang perlawanan ini.
Dalam bola sepak, anda perlu menjaringkan gol untuk menang. Itu adalah masalah teknikal Malaysia yang gagal menterjemahkan taktikal mereka. Jelas sekali dalam masa singkat ini – nak tak nak – para pemain Malaysia perlu memperbaiki aspek ketajaman dan teknik ‘shooting’.