Bekas pertahanan England dan Arsenal, Martin Keown turut memuji sepakan percuma dari pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold ketika perlawanan menentang Watford di Vicarage Road Sabtu lalu.
Menerusi AnfieldHQ Keown berkata, Liverpool memberikan kepercayaan sepenuhnya terhadap Alexander-Arnold kerana percaya pemain itu mampu dan akhirnya beliau telah berjaya menyempurnakannya.
Simply. Unstoppable.🚀🚀🚀 pic.twitter.com/Z3Jej0nWcz
— Liverpool FC (@LFC) November 24, 2018
Menurut Keown lagi, beliau menilai teknik jaringan percuma itu seperti yang pernah dilakukan bintang England, David Beckham.
“Sebab mereka membiarkan Alexander-Arnold mengambil tendangan bebas itu kerana dia berbakat dan mempunyai keupayaan untuk memasukkan bola ke gawang,” kata Keown kepada BBC.
“Cara dia memasukkan bola itu seperti Beckham.”
Terdahulu Liverpool membuktikan pasukan mereka bakal memberi saingan hebat kepada pendahulu liga ketika ini, Manchester City selepas mencatatkan kemenangan bergaya 3-0 dengan menewaskan Watford dalam aksi pertemuan minggu ke-13 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Apa yang lebih mencuri tumpuan apabila, Alexander-Arnold mencetuskan fenomena dengan kejayaan menghasilkan gol menarik hasil sepakan percuma dari jarak 25.8 meter yang diambil pada minit ke-76
Penjaga gol Watford, Ben Foster gagal membaca baik sepakan percuma oleh Arnold yang melencong menerjah masuk ke penjuru kanan gol.
Gol kedua oleh Arnold dalam perlawanan itu mendapat perhatian umum serta portal-portal sukan di dunia berikutan jaringan berkenaan dilihat seakan-akan seperti sepakan percuma yang sering dilakukan oleh bekas pemain terkenal England, David Beckham.