Fantasy Football SCL2018: 5 Pemain Yang Perlu Dimiliki Oleh Pasukan Anda Di Minggu 10 (Suku Akhir)

Fantasy Football

Saingan Selangor Champions League 2018 (SCL2018) pada petang ini akan memasuki aksi suku akhir yang menyaksikan 8 pasukan telah berjaya menempatkan diri ke peringkat kalah mati itu.

Pasukan yang berjaya meneruskan kemaraan adalah NPNG FC Damansara Damai, Akademi Bola Sepak Merah Kuning (ABMK), KRU Port Klang FC, Puchong Fuerza FC, Axis-O2 PJ FC, Duta ZXIV, Kajang AZS dan MPKj The Lions.

Dalam keghairahan setiap pasukan yang bertanding untuk merebut tempat ke peringkat seterusnya, para pemain Fantasy Football SCL2018 pasti semakin pening kepala memikirkan pemain yang bakal dipilih.

Berikut adalah 5 pemain yang boleh dipertimbangkan untuk pasukan anda pada aksi suku akhir ini:

1) Mohd Syazmin Firdaus Mohd Aminuddin (Duta ZXIV) – 8.0

Nadi bahagian tengah buat Duta ZXIV ini berupaya mempamerkan satu aksi yang memukau menerusi kawalan bola serta kualiti hantaran menarik yang dimiliki.

Dalam pada itu, beliau turut berupaya untuk meledakkan gol cantik hasil situasi bola mati, seperti yang dilakukan pada perlawanan minggu lalu apabila Syazmin berjaya menjaringkan dua gol berpunca dari sepakan percuma.

Dalam 8 perlawanan yang dilalui Duta ZXIV, beliau telah dua kali terpilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

2) Ridhwan Johan (NPNG FC Damansara Damai) – 7.0

Ridhwan merupakan seorang penyerang yang bijak menghidu peluang yang terhidang dan begitu berbahaya di hadapan pintu gol lawan.

Tugas beliau menjadi lebih mudah apabila rakan sepasukannya seperti Lukhman Noor Hakim mempunyai umpanan dan lorongan bola yang begitu baik.

Beliau berjaya mencipta 5 jaringan pada peringkat kumpulan dan semestinya pusingan kalah mati ini bakal menjadi medan yang lebih dipandang serius penyerang ini.

3) Rosedy Muslim (KRU Port Klang FC) – 8.5

Penyerang berpengalaman ini adalah tunjang utama kepada kekuatan KRU Port Klang FC setelah berjaya menghasilkan 7 jaringan setakat ini.

Keadaan yang menjadikannya sebagai penjaring terbanyak buat pemain tempatan dan berkongsi jaringan bersama penyerang Axis- O2 PJ FC, Desmond Amadi Apaoma.

Walaupun sudah berusia 38 tahun, ia jelas tidak membataskan pergerakan Rosedy Muslim untuk mempamerkan sentuhan berbisa yang dimilikinya.

4) Lukhman Noor Hakim (NPNG FC Damansara Damai) – 10.0

Pemain tengah yang cukup kreatif serta mempunyai kualiti hantaran yang cukup mengagumkan semua.

Tidak keterlaluan untuk diperkatakan bahawa Lukhman adalah nadi kepada kekuatan NPNG FC Damansara Damai dengan umpanan yang cukup menarik dicipta beliau.

Berupaya menghasilkan 3 jaringan dan turut mencipta 4 bantuan jaringan buat rakan sepasukan memberikan alasan kukuh mengapa Lukhman perlu berada dalam pasukan anda.

5) Zul Hilmi Zaki (Akademi Bola Sepak Merah Kuning) – 6.0

Merupakan pakar sepakan percuma yang beberapa kali berjaya menghadiahkan jaringan buat ABMK dalam situasi tersebut.

Beliau juga turut mampu untuk melakukan hantaran yang cukup baik buat rakan di bahagian serangan.

Berjaya menghasilkan 3 gol serta satu bantuan jaringan serta boleh didapati dengan harga yang murah, Zul Hilmi wajar dipertimbangkan untuk pasukan anda.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN