Pemain tengah Tottenham Hotspur, Christian Eriksen mengakui beliau tidak sabar untuk meninggalkan Stadium Wembley dan beraksi di stadium baharu Tottenham Hotspur.
Hal ini kerana pemain antarabangsa Denmark itu jelas kecewa dengan keadaan permukaan padang di Wembley.
Tottenham Hotspur terpaksa untuk terus beraksi di Wembley selepas terdapat ‘isu sistem keselamatan yang kritikal’ perlu diambil kira memaksa perpindahan semula ke ‘rumah’ mereka terpaksa ditangguhkan.
Diberitakan Spurs tidak dibenarkan untuk berpindah ke stadium baru itu sehingga sekurang-kurangnya pada Januari 2019.
Mengulas mengenai masalah permukaan padang Stadium Wembley yang kurang memuaskan hati, Eriksen berkata:
”Sebagai pemain, ia tidak mencapai tahap yang normal. Secara jujurnya. Saya merasakan anda telah melihatnya. Mereka mengetahui perkara tersebut.”
”Kami mahu untuk beraksi di padang yang lebih baik berbanding padang latihan kami, tetapi kadangkala padang latihan lebih baik dari padang pada hari perlawanan. Ia sangat sukar.”
”Kami tidak tahu bila ia akan berakhir. Diharapkan ianya akan berakhir dengan kadar segera.”
”Orang ramai telah pun melihat gambar stadium dan apa yang akan kelihatan seperti itu, ia akan menjadi luar biasa apabila kami akhirnya di sana.”
Christian Eriksen pun tak sabar nak beraksi di stadium baru, apatah lagi buat para penyokong Tottenham Hotspur yang sudah pasti menantikan saat tersebut dengan begitu teruja. Bersabarlah warga Spurs, masanya akan tiba!