Piala AFF 2018 : Penjaga Gol Filipina Ini Sangat Mengenali Corak Permainan Thailand

Penjaga gol Filipina, Michael Falkesgaard mengakui bahawa beliau cukup faham dengan corak serta gaya yang sering dimainkan pemain Thailand sepanjang perlawanan.

Beliau bercakap kepada media berikutan perlawanan ketiga kumpulan B yang dijadualkan bakal berlangsung pada Rabu, 21 November 2018 diantara Filipina menentang Thailand di Stadium Panaad, Bacolod.

Menurut Falkesgaard, beliau tahu bagaimana cara pemain-pemain Thailand ini bermain kerana sering berhadapan dengan mereka dalam saingan Liga Thailand.

Falkesgaard merupakan penjaga gol bagi pasukan Bangkok United yang beraksi dalam siangan Liga Thailand.

“Sudah tentu saya tahu banyak tentang pemain mereka [Thailand)].”

“Saya tahu bagaimana cara mereka bermain. Mereka ini adalah pemain yang berkualiti,” kata Falkesgaard menerusi AFF Suzuki Cup 2018.

Bagaimanapun, Falkesgaard enggan menganggap pertemuan dengan Thailand sebagai satu perlawanan yang mudah bagi dirinya dan pasukan.

Penjaga gol kacukan Filipina-Denmark itu tetap memberi amaran kepada rakan sepasukan agar sentiasa berwaspada dan memberi tumpuan sepenuhnya ketika berhadapan lawan nanti.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar untuk kita (Filipina).”

“Dari perspektif saya, Thailand mempunyai peluang cerah untuk meneruskan cabaran ke peringkat seterusnya. Dan apa yang kita perlu lakukan ialah untuk mendapatkan keputusan yang baik di tempat sendiri.”

“Jadi dengan adanya sokongan di negara kita, kita akan menjadikan ianya sebagai perlawanan yang sukar bagi mereka.”

Kejayaan Filipina mengatasi Singapura 1-0 dan Timor Leste 3-2  membolehkan The Azkals kini menduduki tangga kedua kumpulan B dengan berkongsi 6 mata bersama Thailand.

Bercakap mengenai prestasi pasukan, Falkesgaard mahu pasukannya memperbaiki pemainan dengan lebih baik memandangkan pasukan yang mereka hadapi selepas ini tidak semudah seperti sebelumnya.

“Sudah tentu kita perlu melihat semula permainan ini dan mendapatkan beberapa perkara yang positif. Ia tidak cukup baik, pemain tahu.”

“Ianya masih belum cukup untuk menjamin kemenangan, dengan apa yang kami lakukan ketika ini.”

“Kami akan bertemu lawan yang mempunyai kualiti – yang akan menjadikannya sebagai perlawanan sukar bagi kami.”

“Dan kami perlu bersedia untuk menjadi lebih baik dalam situasi seperti ini,” kata Falkesgaard.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN