Courtois: “Kami Kalah Kerana Terlalu Yakin Sudah Mara Dan Membuat Kesilapan Bodoh”

Thibaut Courtois menyatakan, Belgium terlalu yakin bahawa mereka sudah menyelesaikan misi mereka dalam UNL ketika mereka mendahului Switzerland dengan 2 gol.

Selepas itu masing-masing leka dan tidak fokus di dalam perlawanan. Courtois memberitahu media bahawa mereka harus menyalahkan diri sendiri selepas dikejutkan dengan kebangkitan Switzerland yang ketinggalan 2 gol – kemudiannya menang 5-2.

Hatrik oleh Seferovic antara yang menghiasi drama kebangkitan Switzerland.

Thorgan Hazard memulakan perlawanan dengan sangat cemerlang untuk meletakkan Belgium 2 gol di hadapan. Namun kecemerlangan beliau ditelan oleh berita tewas 5-2.

Akhbar di Belgium pada hari ini tidak akan menceritakan 2 gol Thorgan Hazard sebaliknya berita kritikan ke atas kekalahan mereka akan menjadi topik utama.

Ini adalah kekalahan pertama – pasukan nombor 1 dunia ketika ini – Belgium – di tangan Switzerland dalam aksi kompetitif sejak 1989.

Thibaut Courtois menganggap Belgium seolah-olah merasakan misi mereka sudah selesai sehingga leka dan tidak bermain dengan baik. Courtois berkata: “Kami bermula sangat baik, kami mendahului 2 gol pada awal perlawanan.”

“Selepas itu kami mulai gagal dalam beberapa duels dan memberikan penalti yang bodoh kepada pihak lawan,” Courtois dengan terbuka mengkritik kekasaran oleh Nacer Chadli yang memberikan Switzerland penalti.

“Dan selepas gol itu, tiba-tiba Swiss ada lebih harapan dalam perlawanan ini. Saya rasa, dalam kedudukan 2-0 mendahului, kami tidak sepatutnya melakukan kesilapan.”

“Namun ini adalah perlawanan kompetitif di tahap tinggi. Harap dengan kegagalan kami melayakkan diri ke pusingan 4 pasukan terakhir akan memberikan kami banyak pengajaran.”

Rakan sepasukan Courtois, Thomas Meunier bersetuju dengan hujah beliau. Menurut Meunier, ini adalah aksi terburuk Beliau bersama Belgium sejak bermain untuk Red Devils dalam 5 tahun.

“Ini lebih daripada kekecewaan yang sangat besar. Selepas mendahului 2 gol kami ada segalanya di tangan kami sendiri. Perlawanan itu kami mulakan dengan sempurna.”

“Bahkan kami boleh menambah beberapa gol lagi. Namun selepas itu mereka menjaringkan 3 gol daripada 3 peluang pertama mereka miliki. Sangat sukar untuk dipercayai.”

“Saya boleh katakan kami tidak cukup bagus. Kami tadi [pada kedudukan 2-0] merasakan yang kami sudah melangkah ke pusingan 4 pasukan terakhir. Malam ini merupakan perlawanan paling teruk Red Devils dalam karier saya.”

Sebagai rekod ini adalah kali kedua Courtois dibolosi 5 gol musim ini untuk kelab dan negara. Sebelum ini beliau bolos 5 gol dalam el clasico menentang Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN