Pihak pengurusan kelab Russia, Zenit St. Petersburg perlu menaikkan gaji pengurus media sosial mereka selepas tampil mempertahankan logo kelab mereka yang masuk dalam artikel Daily Mail yang bertajuk ’10 Logo Kelab Bola Sepak Yang Paling Buruk’.
Dalam artikel yang diterbitkan semalam, Daily Mail – akhbar popular di UK – menyenaraikan logo Zenit SP sebagai antara 10 logo kelab bola sepak paling buruk. Menurut laporan Daily Mail:
Logo lama Zenit (gambar bawah) mempunyai sesuatu yang menarik. Ia mempunyai bentuk bulat, dengan sebiji bola di belakang nama kelab yang ditulis dengan gaya konstruktivisme Russia.
Di atas logo mereka ada kapal klasik, untuk mewakili pelabuhan tentera laut yang terletak di bandar mereka.
Logo terbaru mereka telah hilang ketelitian dan bentuk bulat, hanya mempunyai nama kelab mereka dalam bahasa Russia. Itu bukannya logo.
Apabila Daily Mail mempromosikan artikel tersebut di akaun Twitter rasmi mereka, pengurus akaun Twitter Zenit SP bertindak balas dengan menyenaraikan 10 logo akhbar paling buruk.
.@MailSport Here are our ten worst newspaper badges ever. pic.twitter.com/vhTnlnxQnn
— ФК «Зенит» (@zenit_spb) April 12, 2016
Daily Mail membalas tweet Zenit St. Petersburg dengan menjelaskan ‘Maafkan kami, kami cuma lebih sukakan logo kelab anda yang lama (logo inilah yang anda gunakan semasa menjadi juara UEFA Cup)’.
.@zenit_spb Sorry guys, we just preferred your old one (and you did win the UEFA Cup wearing it) pic.twitter.com/UtDWhtiiuR
— Mail Sport (@MailSport) April 12, 2016
Tetapi Zenit SP masih tidak mahu mengalah. Mereka membalas respon Daily Mail dengan tweet ‘passive-aggresive’ ini:
.@MailSport Honestly, we preferred your old one too. pic.twitter.com/O9avzzO6SS
— ФК «Зенит» (@zenit_spb) April 12, 2016
Respons Zenit SP terhadap ‘penghinaan’ Daily Mail terhadap logo kelab mereka mendapat pujian daripada ramai pengguna Twitter yang lain.
@zenit_spb 👏🏼👏🏼👏🏼
— Relevent Sports (@releventsports) April 12, 2016
@zenit_spb after this, you are welcome at my house for dinner any time you want. Just let me know any allergies, I will sort it…
— PowerSherlock (@powersherlock) April 12, 2016
.@zenit_spb @MailSport pic.twitter.com/CAQl8z9fUV
— No One (@melkoroth1) April 12, 2016
@zenit_spb @MailSport pic.twitter.com/viQRI5IIPx
— wanderer (@LowkeyLebowski) April 12, 2016
Tahniah Zenit SP. Anda berjaya mempertahankan kebanggaan logo kelab anda. Bagi Daily Mail, kontroversi ini hanya akan mempopularkan lagi artikel mereka. Jadi dari satu sudut, semua pihak menang.
Baca juga: 10 Pemain Muda Bawah-21 Yang Paling Kerap Bermain Di Eropah