Piala AFF 2018: Norio Tsukitate Jelaskan Penyebab Kekalahan Timor Leste Keatas Indonesia

Kesilapan taktikal di babak kedua perlawanan menjadi penyebab utama pasukan kebangsaan Timor Leste kecundang keatas Indonesia pada aksi kedua Kumpulan B Piala AFF di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin.

Timor Leste terpaksa akur dengan kekalahan tersebut meskipun mereka terlebih dahulu berjaya mengejutkan tuan rumah dengan jaringan voli jarak jauh menerusi Rufino Walter Gama diminit ke-48.

Sebelum Indonesia kembali bangkit dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-69 menerusi jaringan penalti Stefano Lilipaly dan Beto Goncalves pada minit ke-82.

Jurulatih Timor Leste – Norio Tsukitate berkata, para pemainnya banyak melakukan kesilapan  sehingga membolehkan Indonesia kembali bangkit dibabak kedua perlawanan.

“Nasib untuk pasukan Indonesia.”

“Kami sudah cuba berusaha melakukan yang terbaik dalam perlawanan ini, tetapi ada kesilapan yang kami lakukan pada babak kedua.”

“Itu membuatkan Indonesia berjaya mencetak gol, dan itu gol yang sangat baik,” ujar Tsukitate menerusi Bola.

Selepas menjalani dua perlawanan bertemu Thailand dan Indonesia, pengendali dari Jepun itu akui ada perbezaan dari corak permainan dari kedua-dua pasukan itu.

“Thailand dan Indonesia mempunyai gaya permainan yang berbeza. Oleh sebab itu keputusan perlawanan juga berbeza.”

Pada perlawanan seterusnya, skuad “The Little Samba Nation” itu akan datang ke Malaysia bagi bertemu Filipina.

Perlawanan tersebut dijadualkan akan berlangsung pada 17 November jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN