Juara bertahan, Thailand memulakan kempen di Piala AFF Suzuki 2018 dengan penuh bergaya apabila membelasah Timor Leste 7-0 di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok dalam aksi pembukaan kumpulan B.
Penyerang Thailand, Adisak Kraisorn muncul sebagai pemain terbaik apabila berjaya menjaringkan 6 gol dalam perlawanan tersebut.
Bagaimanapun, pengendali Thailand Milovan Rajevac enggan pasukannya mendabik dengan dengan keputusan lalu.
Beliau tetap memberi amaran kepada para pemain agar tidak memandang rendah keupayaan pasukan yang bakal dihadapi selepas ini.
“Saya telah mengatakan bahawa kita (Thailand) akan bermain sepenuhnya dan tidak memandang rendah mana-mana pasukan termasuk juga ketika bertemu Timor Leste tempoh hari, ”
“Saya gembira dan bangga melihat aksi permainan pasukan, ” kata Rajevac yang dipetik menerusi laman FA Thailand.
Manfaatkan masa secukupnya
Thailand dijadualkan akan bertemu Indonesia bagi perlawanan kedua mereka pada 17 November 2018 di Stadium Nasional Rajamangala.
Terlebih dahulu, Indonesia akan bertemu Timor Lester pada hari ini dan Rajevac berharap pemainnya dapat memanfaatkan kelebihan ini dengan sebaiknya.
“Saya sudah mengatakan bahawa kita mempunyai masa yang cukup untuk persediaan pasukan”.
“Tidak kira pemain mana yang disenaraikan, saya percaya semua pemain memiliki kelebihan masing-masing.”
“Bermula esok (hari ini) kita akan berlatih untuk persedian pasukan menentang Indonesia.”
“Seterusnya adalah perlawanan yang paling penting dan memerlukan tumpuan khusus.” ungkap Rajevac selepas mengulas mengenai perlawanan seterusnya.