Manchester United Sudah Boleh Lupakan Gelaran Juara Liga Perdana Inggeris

Selepas kekalahan 1-3 kepada juara bertahan EPL, Manchester City, skuad Manchester United kendalian Jose Mourinho kini sudah boleh melupakan hasrat untuk merebut gelaran juara Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurus kelahiran Portugal itu juga mengakui, pasukannya boleh dianggap bernasib baik jika dapat menempatkan diri dalam kelompok empat teratas selepas ketinggalan 12 mata di belakang City.

Mourinho akui kualiti skuad Manchester United masih jauh

“Sejak awal musim lagi kami sedar terdapat perbezaan kualiti (dengan City) dan kami ha­nya bersaing untuk kelompok empat terbaik,” kata Mourinho kepada BBC Sports

Ini kekalahan keempat Uni­ted musim ini, sekali gus menyebabkan mereka jatuh ke tangga kelapan liga dan berisiko gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Kali terakhir United menewaskan City di Etihad adalah April lalu apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2.

Dalam pertemuan derbi Manchester kelmarin, City bermula garang apabila mendahului 2-0 menerusi David Silva dan Sergio Aguero.

Biarpun United merapatkan jurang menerusi penalti Anthony Martial pada minit ke-58, namun Ilkay Gundogan menutup harapan pelawat untuk bangkit dengan meledak gol ketiga pada minit ke-84.

Mourinho tetap memuji dan enggan kritik prestasi pemain

Berbeza dengan sesetengah kekalahan musim ini, Mourinho enggan mengkritik karakter dan usaha anak buahnya.

“Kami melakukan kesilapan. Kami dihukum namun memberikan tentangan bersama, ia adalah sesuatu yang kami bina dan tidak kehilangannya kerana satu kekalahan,” katanya.

“Tiada kritikan kepada pemain saya, semuanya positif. Saya bersama mereka dan sebaliknya,” jelas bekas pengendali Real Madrid itu.

Skuad kendalian Mourinho turun tanpa pemain tengah Perancis, Paul Pogba kerana kecederaan namun beliau tidak mahu menggunakan ia sebagai alasan selain mengakui langkah menurunkan Marouane Fellaini merencatkan perancangannya.

“Saya tidak suka bercakap tentang kekalahan dan tentang pemain yang tidak dapat diturunkan. Saya tidak gemar mengenainya namun dia adalah penting untuk kami dalam banyak aspek,” jelas Mourinho merujuk kepada Pogba.

“Kami terpaksa menurunkan Fellaini dari awal, dia tidak bersedia untuk aksi 90 minit. Saya boleh bayangkan ketika ketinggalan 2-1 dan saya berpeluang menurunkan Fellaini, mereka pasti berdepan masalah besar”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN