Piala AFF 2018: Tan Cheng Hoe Tuntut Ketajaman Serangan Dan Jangan Terlalu Tergesa-Gesa

Malaysia

Malaysia akan turun menentang Laos dalam perlawanan ke-2 kumpulan A untuk kempen Piala AFF Suzuki 2018. Jurulatih skuad negara – Tan Cheng Hoe menggariskan isu ketajaman di hadapan gol.

Beliau berpendapat Malaysia perlu lebih tajan di hadapan gol. Ini selepas skuad negara mempersia-siakan banyak peluang dalam perlawanan menentang Kemboja dalam perlawanan pertama. Malaysia hanya menang 1-0 di dalam perlawanan tersebut.

Bercakap tentang pendekatan Laos pula, beliau berpendapat bahawa pasukan bimbingan V. Sundramoorthy itu memiliki keupayaan untuk bertahan dengan baik. Beliau berkata: “Pemain yang diturunkan ketika aksi menentang Kemboja telah memberikan prestasi terbaik. Walaupun kita tahu di bahagian serangan kita banyak sia-siakan peluang.”

Tan Cheng Hoe juga berpendapat pasukan Lais adalah pasukan yang berdisplin tinggi. Oleh itu beliau mahukan para pemain lebih tenang dan tidak gopoh di dalam melakukan serangan. Ianya bakal mendedahkan pasukan dengan risiko serangan balas.

“Kita perlu lebih tajam dan sempurnakan peluang yang terhidang dalam perlawanan esok. Laos, dari segi taktikal bertahan sangat baik dan berdisi­plin tinggi jadi saya harap pemain tidak terlalu tergesa-gesa untuk buat serangan kerana serangan balas pihak lawan boleh menghukum kita,” tambah pengendali Malaysia itu lagi.

Beliau kemudian berharap para pemainnya mencari seberapa banyak gol yang boleh dalam perlawanan menentang Laos di hadapan penyokong sendiri pada malam ini. Ianya penting dalam usaha Harimau Malaya mahu meloloskan diri ke pusingan kalah mati. Ini adalah kedudukan semasa kumpulan A.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN