Tengku Amir (RMS) sebelum ini menyatakan kekecewaannya ke atas Kongres Luar Biasa (EGM) yang diadakan oleh FAS bagi membentuk pentadbiran baharu. RMS sama sekali tidak mengiktiraf EGM itu.
Kemelut dalam pentadbiran FAS bukan pekara baharu. Malah ia sudah berlaku sekian lama. Ketika Tengku Amir mengambil alih pentabdbiran FAS – baginda sudah beberapa kali mendedahkan isu gila kuasa dalam FAS. Ini termasuk isu tandatangan palsu untuk mengadakan EGM.
Tengku Amir juga pernah menyindir ada serigala berbulu domba di dalam FAS – semuanya hanya kerana mahukan kuasa di dalam organisasi tersebut.
Kemelut dalam FAS itu mendapat perhatian TMJ yang sudah lama terlibat dalam pentadbiran bola sepak. TMJ mengingatkan agar Tengku Amir berhati-hati dengan jerung di dalam FAS.
TMJ menjawab persoalan yang diajukan oleh wartawan terkenal – Ahmed Shararazad Sani – yang meminta pandangan baginda tentang kemelut yang sedang melanda FAS.
TMJ berkata: “Saya seorang yang bersemangat tinggi dalam bola sepak. Di JDT saya ada kuasa mutlak. Saya terlibat di dalam setiap perkara dan tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk pandai pandai, terutamanya dalam membenarkan orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelab.”
Be more hands on.. I'm passionate about football. Di JDT saya ada kuasa mutlak. Saya involve in every single thing and don't allow anybody to pandai pandai, especially in allowing people to take advantage of the club. [1/6] https://t.co/VLDVzpRSZT
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 9, 2018
Awasi jerung dalam FAS
TMJ kemudian memberitahu RMS bahawa baginda perlu berhati-hati dengan jerung-jerung di dalam FAS. TMJ berkata: “Dalam kes FAS, saya tahu akan ada banyak jerung yang mahu mengambil kesempatan ke atas wang kerajaan Selangor.”
“Satu perkara yang saya risau adalah RMS tidak sedar akan permainan serta individu yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Di JDT – tiada apa yang akan bergerak tanpa tandatangan saya,” tambah TMJ lagi.
“Juga dengan saya, saya akan kata apa saya nak kata, bukan orang draftkan, bahkan saya sendiri pun [kadangkala] tak tahu apa telah saya katakan.”
“Nasihat saya kepada RMS adalah untuk mendapatkan nasihat daripada orang yang betul, bukannya daripada orang yang tiba-tiba muncul sejak perubahan dalam presidensi. Seorang yang bagus ialah Menteri Besar Selangor [Amirudin Shari], beliau seorang yang bersemangat dalam membangunkan bola sepak – dan beliau ada pengalaman.”
“Keduanya, perkara yang saya pelajari daripada banyak kelab besar di seluruh dunia, jangan terlibat dalam pemasaran dan pembangunan bola sepak. Dapatkan individu yang bagus [dalam bidang itu] dan pengarah teknikal yang sama seperti Peter de Roo.”
“Saya berharap RMS akan belajar daripada kesilapan yang saya pernah lakukan dahulu, di mana saya telah nelantik orang yang salah. Nasib baik saya cepat belajar dan saya harap RMS juga akan mampu berbuat demikian kerana melantik individu yang tepat adalah perkara yang sangat penting.”