4 Gamers Ini Bakal Wakili Malaysia Dalam Final PES Champions League Asia Tenggara

Dengan final PES Champions League Asia Tenggara (SEA CL) yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja, Malaysia mengumumkan 4 wakil terbaik yang bakal membawa cabaran negara di Hanoi, Vietnam.

4 wakil tersebut adalah Tengku Erwan Martino (Degasa_Erwan), Mohd Hafeez (Feezness), Mohamad Fauzi (p0j13z) dan kapten pasukan, Ahmad Yazid (Yazid_Dragon).

Sumber: JomGaming.my
Sumber: JomGaming.my

Berikut adalah butiran-butiran yang perlu anda tahu mengenai Final ini:

Nama Tournament: PES SEA Champions League Final
Penganjur: PES League Vietnam
Tempat: Hanoi, Vietnam
Tarikh: 17 April 2016
Negara-negara yang terlibat: Malaysia, Indonesia, Thailand & Vietnam
Jumlah pemain yang dihantar setiap negara: Empat (4) orang pemain

12745929_1673747902866554_3582598197771906386_n

1. Yazid Dragon

Sumber: Facebook Yazid Dragon
Sumber: Facebook Yazid Dragon

Antara pemain bertaraf bintang dan tidak asing lagi dalam komuniti PES Asia Tenggara, Yazid adalah juara liga PES Malaysia sekaligus melayakkannya ke Hanoi.

Beliau juga sudah mewakili Malaysia dalam kejohanan online PES SEA CL sejak dari musim pertama.

Di Malaysia, Yazid merupakan antara pemain paling senior dalam komuniti Winning Eleven/PES (WEPES) Malaysia yang sentiasa aktif sejak lebih daripada 10 tahun lepas.

Antara pencapaian peribadi yang pernah dirangkulnya adalah menjuarai beberapa kejohanan PES yang besar dan berprestij di Malaysia – antaranya kejohanan PES Terbuka Malaysia yang dianjurkan oleh Celcom & KOSMO!

Yazid merupakan ahli Kickers clan – sebuah clan yang mempunyai permusuhan tradisi dengan Degasa clan. Di Hanoi nanti, beliau bakal diberikan lilitan tangan sebagai kapten pasukan negara.

2. Erwan Degasa

erwan degasa

Sebagai salah seorang pemain PES terbaik rantau Asia Tenggara, Erwan Degasa juga perlu diberikan perhatian. Beliau pernah memegang takhta juara kejohanan online PES SEA CL untuk dua musim berturut-turut sebelum ini.

Ini sekaligus melayakkannya untuk menempah slot automatik ke Hanoi.

Memenangi liga-liga dan kejohanan PES tempatan sudah menjadi kebiasaan buat dirinya. Kini, tugasan yang dipikul oleh beliau adalah lebih berat – melupakan permusuhan tradisinya dengan Yazid Dragon untuk mengharumkan nama negara di Hanoi.

3. Feezness

Sumber: Facebook Hafeez Shariffudin
Sumber: Facebook Hafeez Shariffudin

Hafeez Shariffudin atau lebih mesra dengan panggilan Feezness, telah berkecimpung dalam arena Winning Eleven/PES (WEPES) sejak zaman PlayStation 1 lagi. Beliau juga banyak menyertai kejohanan WEPES offline dan online sejak tahun 2009.

Feezness merupakan salah seorang ahli Degasa clan.

Antara highlight kariernya sebagai gamer PES adalah muncul juara kejohanan Winning Eleven 2010 anjuran KOSMO yang disertai oleh lebih 200 orang peserta.

4. p0j13z

Sumber: Facebook Pojie Zaini
Sumber: Facebook Pojie Zaini

Bermula dengan World Soccer Jikkyou Winning Eleven 3, Fauzi ‘p0j13z’ Zaini boleh dianggap sebagai pemain paling veteran dalam pasukan PES Malaysia.

p0j13z mula dikenali dalam komuniti PES Malaysia pada tahun 2009 apabila beliau telah mengemaskini jersi-jersi kelab, formasi dan nama-nama pemain dalam Winning Eleven di konsol PS3 sebelum mengedarkannya secara eksklusif dan percuma kepada peminat PES Malaysia.

Hasil usaha gigih beliau, peminat Winning Eleven di Malaysia dapat menikmati tahap keseronokan yang optimum apabila memainkan kelab yang diminati dengan menggunakan jersi-jersi rasmi kelab tersebut.

Setelah menamatkan pengajian di Jepun dan kembali ke Malaysia pada 2010, p0j13z bersara sementara dari arena PES untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan kerjaya.

Kini beliau telah telah kembali ke ‘padang’ untuk berentap semula dengan pemain terbaik dari rantau Asia Tenggara.

Sertai komuniti PES League Malaysia

Pasukan PES League Malaysia yang akan ke Hanoi ini ditaja oleh Adabi, OzzVampo dan Lanang.

Laman web JomGaming.my pula merupakan media rasmi bagi pasukan ini secara khususnya, dan juga media rasmi bagi komuniti PES di Malaysia secara amnya.

Jika anda ingin lebih mendekati komuniti PES Malaysia, atau merasakan anda boleh mewakili pasukan PES Malaysia, anda boleh sertai komuniti PES League Malaysia di Facebook (link: PES League Malaysia).

Setiap bulan, liga domestik online akan diadakan oleh PES League Malaysia.

Dan dari liga domestik ini, 4 pemain akan dipilih untuk mewakili negara untuk PES SEA Champions League yang dimainkan secara online, juga diadakan pada setiap bulan oleh PES League Asia.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh JomGaming.my – laman web hebat yang menyediakan info gaming dalam bahasa Malaysia. Like Facebook mereka di sini. Artikel asal mereka boleh dibaca di sini.

Baca juga: Game Review: FIFA 15 vs PES 2015

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN