Liga Juara-Juara Afrika: Al Ahly Raih Kelebihan Dalam Aksi Final Pertama Yang Hangat

Gergasi bola sepak Afrika, Al Ahly dari Mesir selesa mendahului agregat 3-1 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Afrika. Perlawanan pertama di Alexandria, Mesir itu berlangsung dalam suasana hangat.

Pada perlawanan tersebut telah menemukan Al Ahly dan wakil daripada Tunisia, Esperance (Es Tunis).

Pesta penalti

Sungguh menarik untuk disaksikan apabila sebanyak tiga sepakan penalti dihadiahkan pengadil perlawanan pada perlawana ini.

Pengadil perlawanan, Mehdi Charef terpaksa menggunakan VAR untuk menentukan adakah sepakan penalti akan diambil. VAR buat pertama kali digunapakai dalam perlawanan akhir kejohanan kelab benua Afrika ini.

Penalti pertama diberikan apabila Mehdi menonton VAR yang merakam aksi penjaga gol Esperance, Moez Ben Cherifia melanggar penyerang tuan rumah, Walid Azaro.

Penalti yang diberikan telah disempurnakan oleh Walid Soliman pada minit ke-34. Amr El-Soulia menambahkan gol kedua buat tuan rumah sewaktu minit ke-58.

VAR terus jadi rujukan pengadil

Azaro dijatuhkan dalam kotak penalti semasa perlawanan tersebut. Sumber: AhramOnline.

Ketinggalan dua gol, Esperance turut dihadiahkan sepakan penalti setelah pengadil mengesan aksi penjaga gol Al Ahly, Mohamed el Shenawy menjatuhkan salah seorang pemain mereka. Pengadil pengadil terpaksa merujuk VAR sebelum memuktamadkan keputusan menghadiahkan penalti untuk Esperance.

Youcef Belaili menyempurnakan sepakan itu dan berjaya merapatkan skor.

Penalti ketiga hadir selepas Walid Azaro sekali lagi dijatuhkan dalam kawasan penalti pasukan pelawat. Kemudiannya, pengadil terpaksa menggunakan khidmat VAR sebelum memutuskan memberikan penalti untuk Al Ahly.

Walid Soliman sekali lagi menjaringkan penalti untuk menjadikan Al Ahly mendahului agregat 3 berbalas 1. Perlawanan timbal balik bakal diadakan di Tunisia pada Jumaat ini.

Membara

Perlawanan ini turut menyaksikan 5 kad kuning dilayangkan. Malah berpuluh-puluh foul dikesan semasa perlawanan berlangsung.

Khalil Chemmam, kapten Esperance sendiri terpaksa menerima rawatan dek kecederaan diterimanya di kepala. Pemain Al Ahly, Walid Azaro terpaksa beraksi dengan jersi yang koyak.

Tambah malang, Walid dikenakan tindakan penggantungan dua perlawanan akibat kejadian jersi terkoyak itu. Sah Walid akan terlepas perlawanan timbal balik di Tunisia itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN