Bolehkah Pemain Bola Sepak Merokok Jika Persembahan Mereka Tak Terjejas?

Bolehkah mereka merokok?

Semasa gambar Safee Sali merokok disebarkan di Facebook seorang rakyat Singapura, mood negatif menyelubungi bola sepak Malaysia.

Gambar itu tersebar ketika skuad Harimau Malaya baru sahaja kalah menentang skuad Thailand. Kebetulan pula dalam perlawanan tersebut, Safee menjaringkan 1 gol. Safee seolah-olah melepaskan amarah dan geramnya kepada pengkritik beliau melalui rembatan deras tersebut.

Sumber: The Rakyat Post
Sumber: The Rakyat Post

Atlet tidak sepatutnya merokok, kata masyarakat. Tetapi bagaimana jika atlet itu merokok, tapi masih mampu mempamerkan persembahan yang mantap?

Salahkah bagi pemain bola sepak untuk merokok?

TIDAK

Mengapa pula salah kalau persembahan mereka tidak terjejas? Lagipun ramai pemain terkenal Eropah yang melakukannya.

Bila bercakap tentang pemain Eropah yang merokok, kami tak maksudkan Jack Wilshere, Mesut Ozil, Wayne Rooney atau Ashley Cole yang hanya merokok sekali-sekala ketika cuti musim panas mereka.

Kami tak maksudkan David James atau Fabian Barthez yang mungkin kuat merokok tetapi bermain di posisi yang tak memerlukan banyak larian.

Sumber: The Guardian UK
Sumber: The Guardian UK

Sebaliknya kami maksudkan Zinedine Zidane yang merokok sebelum perlawanan separuh akhir World Cup 2006 menentang Portugal (Zidane menjaringkan gol penalti dalam perlawanan itu dan muncul pemain terbaik kejohanan).

literally_smoking_zidane

Kami maksudkan Socrates (yang ironiknya mempunyai ijazah perubatan) yang biasa menghisap dua kotak rokok setiap hari ketika bermain untuk Brazil dan Corinthians.

socrates_headband

Kami maksudkan Sir Stanley Matthews, lagenda Stoke City dan Blackpool dan England yang muncul satu-satunya pemain bola sepak yang dianugerahkan gelaran ‘Sir’ ketika masih bermain. Ketika masih bermain, beliau pernah menjadi duta rokok.

8345675578_897e09a771_z

Mereka ini adalah 3 contoh pemain yang kuat merokok tetapi masih hebat beraksi di padang.

YA

Merokok sudah terbukti menyebabkan stamina manusia berkurangan.

Karbon monoksida yang terdapat dalam asap rokok akan meresap dalam darah dan menyingkirkan oksigen – menyebabkan jantung perlu mengepam darah lebih laju, menaikkan kadar pernafasan dan meningkatkan paras asid laktik dalam otot.

Paras asid laktik yang tinggi menyebabkan otot mudah letih dan kurang anjal – termasuklah otot jantung. Ini menyebabkan jantung perokok tidak mampu mengepam oksigen ke darah sebaik jantung bukan perokok seperti yang didemonstrasi dalam gif di bawah.

ezgif-881910205

Atlet yang merokok bukan sahaja tidak mempamerkan profesionalisme yang tinggi, mereka bagaikan mensabotaj diri sendiri dan pasukan mereka.

Bagaimana mereka mensabotaj diri dan pasukan mereka?

Dalam satu kajian oleh University of Maryland, 182 perokok, 196 bekas perokok dan 37 orang tidak merokok disuruh berjalan selama 6 minit. Hasil kajian mereka menunjukkan, selama 6 minit:

1. Orang yang tidak merokok boleh berjalan sejauh purata 413 meter.

2. Bekas perokok berjalan sejauh purata 370 meter dan

3. Perokok pula hanya mampu berjalan sejauh purata 352 meter

(sumber: The effect of cigarette smoking status on six-minute walk distance in patients with intermittent claudication, MA Cahan et.al, 1999).

Berdasarkan kajian ini, beza jarak antara perokok dan orang yang tidak merokok adalah 14.8%!

Ini bermakna jika seorang pemain tengah yang tidak merokok boleh berlari purata 11km dalam 90 minit, pemain tengah yang merokok seperti Zidane hanya mampu memberi 85.2% jarak larian yang diberikan oleh pemain tengah lain – iaitu purata 9.3km sahaja (kurang 1.7km daripada bukan perokok).

Tambahan pula, Zidane beruntung kerana mempunyai Patrick Vieira dan Claude Makelele di belakangnya.

Sumber: Tribesports
Sumber: Tribesports

Dalam bola sepak, beza 1.7km antara larian pemain yang merokok dengan pemain yang tidak merokok sangat besar.

1.7km boleh menjadi beza taktikal jurulatih menjadi atau tidak. Ia boleh menjadi beza antara penyerang yang boleh bermain dalam falsafah bola sepak ‘high pressing’ atau tidak.

Kesimpulan

Kami berpendapat walau anda menjaringkan hatrik pada setiap perlawanan sekalipun, pemain bola sepak perlu bersikap lebih profesional dalam tugas mereka.

Bercakap tentang profesionalisme dalam tugas bukan terhad kepada memberikan fokus dan kudrat 100% dalam padang, malah kepada hal-ehwal di luar padang seperti:

– tidur seawal 10 malam untuk memberikan 8 jam rehat kepada tubuh badan,
– mengamalkan diet seimbang, datang awal ke latihan dan pulang paling lambat, m

Terpulanglah kepada mereka untuk mendengar kami atau tidak. Itu pilihan masing-masing. Kami berharap semua pemain negara dapt memperbaiki sikap profesionalisme mereka di dalam dan di luar padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN