Irfan Bakti Dedahkan 4 Pemain Utama Akan Tinggalkan Terengganu FC

Irfan Bakti

Naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC (TFC) bakal kehilangan beberapa pemain utama selepas pengendali skuad itu, Irfan Bakti Abu Salim mendedahkan ramai pemainnya sedang dipancing oleh pasukan lain.

Namun setakat ini menurut laporan daripada Stadium Astro, Irfan mengesahkan seorang pemain import dan tiga tonggak tempatan tidak akan menyarung jersi skuad Penyu musim depan.

Bagi mencari pengganti yang lebih baik, Irfan kini berada di luar negara mencari calon pemain import dan dua pemain tempatan daripada pasukan Liga Malaysia berada dalam radar skuad Terengganu FC musim depan.

“Selepas aksi cemerlang tahun ini, ramai pemain utama dipancing tapi saya tak ambil pusing kerana tidak ada pemain mahupun jurulatih akan kekal dalam bola sepak.

“Peminat TFC jangan berasa kecewa kalau ada pemain yang kami mahu kekal, namun tidak mampu menyaingi tawaran pasukan lain yang lebih lumayan,” jelasnya kepada Stadium Astro.

Irfan Bakti memeluk pemain import dari Kemboja, Thierry Cantha Bin. FOTO: Terengganu FC

Khabar angin di media sosial mengatakan penyerang import skuad itu, Kipire Tchetche kemungkinan akan berhijrah ke pasukan lain selepas menampilkan aksi cemerlang dengan skuad penyu.

Menguatkan lagi khabar angin itu ialah tindakan Kipre memuat naik gambar hitam putih beliau bersama Irfan Bakti di laman instagram miliknya seolah-olah memberi petanda akan meninggalkan pasukannya.

Malah, Irfan Bakti mengesahkan turut berkunjung ke Serbia, Uzbekistan dan Hungary bagi menilai kelibat penyerang import dalam liga negara berkenaan.

“Tidak akan halang (penghijrahan) kerana itu lumrah bola sepak. Malah, ketika mula-mula mengambil alih TFC, saya bermula dari kosong juga,” tambah Irfan lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN