Chiellini menyatakan beliau menjadi sangat bersemangat mendengar cadangan Mourinho agar beliau menjadi pensyarah Havard – bersama Bonucci.
Selepas perlawanan di antara Manchester United menentang Juventus – di mana Old Lady menang 1-0 – Jose Mourinho memuji gandingan Chiellini dan Bonucci. Mourinho menganggap duo pertahanan itu sebagai pakar dalam bidang bek tengah.
Mourinho berkata: “Chiellini dan Bonucci pertahanan yang sangat hebat. Mereka patut membuka kelas di Havard – menjadi pensyarah di sana – dan mengajar subjek Bagaimana Menjadi Bek Tengah.”
Chiellini terharu mendengar kenyataan Jose Mourinho itu dan beliau menjadi bersemangat untuk menjadi pensyarah di Havard suatu hari nanti. Semua orang tahu akan latar belakang akademik beliau. Chiellini adalah pemegang Master dalam Pentadbiran Perniagaan.
“BBC [Bonucci – Barzaglii -Chiellini]? Satu pujian kepada kami. Apabila kami bermain bersama secara trio di belakang. Kami akan membentuk gandingan yang hampir sempurna. Kami semua saling mengenali kekuatan dan kelemahan antara satu sama lain.”
Gandingan mereka digelar Turin Wall di Itali. Dan Chiellini memberikan respon kepada kenyataan Mourinho dengan berkata: “Mourinho berpendapat kami patut mengajar di Havard. Saya memang nak – tetapi untuk mengajar pelajar Master dalam Ekonomi – bukannya mengajar cara bertahan.”
Chiellini menyatakan yang beliau kini menjadi lebih semulajadi ketika bertahan. Beliau berkata: “Di atas padang saya sudah banyak berubah, ianya semulajdi. Sekarang saya lebih tenang daripada saya yang dulu – ketika muda.”
“Saya harus mencari ‘musuh’ di dalam padang untuk ditentang. Bagi seorang bek tengah, bertarung fizikal dengan penyerang adalah satu kemestian.”
“Dari segi kepimpinan, ianya juga perkara semulajadi. Lippi banyak mengajar saya perkara penting. Beliau sentiasa percaya, pemain bola sepak yang hebat akan sentiasa cuba membantu rakan-rakan yang lain. Saya percaya akan prinsip itu.”
“Anda boleh nampak pemain seperti Cannavaro, Pirlo dan Buffon. Cannavaro salah seorang pemain terbaik dalam situasi 1 lawan 1. Pirlo ada mata di belakangnya. Manakala Buffon salah seorang penjaga gol terbaik dalam sejarah. Rahsia kejayaan mereka adalah kerana kemampuan mereka membantu rakan yang lain dan juga pasukan.”