Karius Nafi Besiktas Mahu Pulangkan Beliau Kepada Liverpool

Penjaga gol Liverpool yang dipinjamkan, Loris Karius menafikan khabar angin bahawa Besiktas akan membatalkan tempoh pinjaman dan mengembalikan beliau ke Anfield pada Januari hadapan.

Besiktas membayar £2.2 juta untuk membawa Karius ke Turki dalam perjanjian pinjaman selama dua tahun pada musim panas yang lalu. Kelab Turki itu juga diberikan pilihan untuk membeli penjaga gol berusia 25 tahun itu menjelang tahun 2020.

(Photo by Serhat Cagdas/Anadolu Agency/Getty Images)

Namun laporan beberapa media di Turki dan England berkata penjaga gol dari Jerman itu mungkin dipulangkan ke Liverpool pada Januari kerana Besiktas dikatakan mahu memendekkan tempoh pinjaman pemain tersebut.

Perkhabaran tersebut kemudiannya mendapat dijawab oleh Karius melalui Instagram story beliau. Satu kenyataan berbunyi: “Minum kopi dahulu, berita mengarut oleh media kemudian.”

Sumber: Instagram Loris Karius

Karius beraksi di setiap perlawanan sejak menyertai Besiktas dan telah melepaskan 15 gol dari 10 perlawanan yang dilaluinya.

Beliau memilih untuk meninggalkan Liverpool pada musim panas lalu selepas tampil dalam 49 perlawanan untuk kelab Merseyside itu sejak menyertai mereka dari Mainz pada 2016.

Karius
(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

33 penampilan tersebut ialah pada musim lalu, sebelum dua kesilapan beliau di perlawanan akhir UEFA Champions League menyebabkan Liverpool tewas 3-1 kepada Real Madrid.

Liverpool kemudiannya membawa masuk penjaga gol Brazil, Allison dari Roma dengan nilai £67 juta selepas itu untuk menjadi penjaga gol utama di Anfield.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN