Semua orang tahu yang pengurus Manchester City iaitu Pep Guardiola terkenal dengan kebijaksanaan dalam mengatur taktikalnya.
Malah beliau juga turut dikenali sebagai pengurus yang mempunyai corak pengurusan pemain yang berlainan daripada pengurus-pengurus lain.
Malah, beliau turut mengakui dirinya sebagai seorang pengurus yang tidak adil terhadap para pemainnya.
Menjelang aksi menarik menentang Tottenham Hotspur, Guardiola mengakui dirinya bersikap tidak adil dalam pemilihan pemain walaupun pemain itu berhak untuk diturunkan.
Walaupun nampak buruk tindakan itu, namun ada justifikasi terhadap tindakannya itu.
Beliau melakukan sedemikian apabila melihat para pemainnya tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika sesi latihan yang dilakukan.
“Ia sememangnya menjadi masalah buat saya kerana saya selalu bersikap tidak adil kepada para pemain.”
“Ada pemain yang tak akan bermain walaupun mereka berhak diturunkan. Perkara ini selalu terjadi.”
“Perkara ini akan terjadi apabila mereka beraksi atau berlatih dengan tidak baik.”
“Mereka sendiri yang menyingkirkan diri mereka daripada pemilihan pemain.”
Namun kata Guardiola, jika mereka bermain dengan baik menunjukkan kesungguhan untuk diturunkan maka tiada masalah untuknya memilih pemain itu.
“Jika pemain itu berlatih dengan bersungguh-sungguh dan berusaha untuk meningkatkan prestasi bermain, kami akan berikan peluang kepadanya untuk beraksi.”
Tindakan Guardiola ini sememangnya menjadi bukti yang beliau mendambakan prestasi 100% daripada pemain beliau.
Jadi, jangan main-main dengan beliau!