Dalam previu final Piala Malaysia 2018 melibatkan Terengganu dan Perak kali ini, kami akan membentangkan beberapa statistik dan fakta melibatkan kedua-dua pasukan.
Terengganu vs Perak
Terengganu dan Perak dilihat memiliki kekuatan seimbang dalam final kali ini. Berbeza dengan beberapa edisi lalu di mana ada sebuah pasukan dianggap pasukan pilihan utama (clear favorite).
Bagaimana Terengganu dan Perak ke final
Terenggangu dan Perak diundi dalam kumpulan A sebagai pasukan pilihan kerana status mereka sebagai pasukan yang menamatkan liga di tempat ke-3 (Perak) dan ke-5 (Terengganu).
Selain Terengganu dan Perak, kumpulan ini juga terdiri daripada Felcra FC dan Kuala Lumpur.
Terengganu dan Perak terikat 10 mata dalam peringkat kumpulan. Namun skuad Sang Penyu menjadi juara kumpulan kerana statistik perbezaan jaringan.
Dalam peringkat kumpulan kedua dua pasukan bertemu 2 kali dan masing-masing mencipta 1 kemenangan. Kedua-dua pasukan melepasi kumpulan yang memiliki persaigan sengit.
Pada pusingan suku akhir, Perak menyingkirkan PKNS FC dengan agregate 2-0. Manakala Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti menyingkirkan bekas pasukannya Felda United dengan agregate 6-4. Satu perlawanan ‘thriller’.
Leandro | Wander Luiz | Gilmar
Trio ini telah menjaringkan 40 daripada 60 gol (66.67%) buat pasukan Perak dalam semua kejohanan domestik musim ini ! 🔥#unifiPialaMalaysia2018#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball pic.twitter.com/HWTmva3lXR
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 21, 2018
Pada separuh akhir, Perak menyingkirkan Sabah dengan agregate 7-2. Manakala Terengganu menewaskan pasukan pilihan yang juga juara bertahan, JDT dengan agregate 3-2.
Rekod pertemuan
Dalam 5 pertembungan terakhir Perak menang 3 kali dan Terengganu menang 2 kali. Dan Ini pula statistik Irfan Bakti vs Mehmet Durakovic.
REKOD JURULATIH 2018
Irfan Bakti 🆚 Mehmet Durakovic#unifiPialaMalaysia2018#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball pic.twitter.com/tXIABLtgiv
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2018
Jelas sekali kedua-dua pasukan ini kerap menghadirkan ancaman kepada satu sama lain.
Pemain tumpuan
Gilmar (Perak)
Gandingan beliau bersama dengan Wander Luiz sangat menggerunkan musim ini terutama sekali dalam saingan Piala Malaysia.
Gilmar kini hanya 1 gol di belakang De Paula untuk persaingan kasut emas.
PENJARING TERBANYAK SETAKAT PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEDUA unifi PIALA MALAYSIA 2018#unifiPialaMalaysia2018#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball pic.twitter.com/KSLYxF3PBW
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2018
Ashari Shamsudin (Terengganu)
Tidak dinafikan Terengganu Kipre dan Lee Tuck dengan 7 gol masing-masing setakat ini dalam Piala Malaysia. Sama seperti Gilmar 2 pemain ini hanya 1 gol di belakang De Paula.
Namun perhatian harus diberikan kepada Ashari Samsudin yang merupakan pemain penting Terengganu dalam saingan Piala Malaysia kali ini.
Beliau adalah pemain yang menjadi pilihan Irfan Bakti untuk posisi no.10. Dan beliau merupakan pemain tempatan paling prolifik. Beliau juga mencipta beberapa gol untuk rakannya.
PENJARING TERBANYAK PEMAIN TEMPATAN SETAKAT SEPARUH AKHIR KEDUA unifi PIALA MALAYSIA 2018#unifiPialaMalaysia2018#MalaysianFootballLeague#TransformingMalaysianFootball pic.twitter.com/ftsRvL75FA
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2018
Taktikal
Kedua-dua pasukan memiliki pendekatan yang hampir sama dengan ‘structured football’. Di mana fokus untuk stabilkan pertahanan dan kemudian baru membentuk serangan.
Kekuatan utama sistem Irfan Bakti adalah pada Kipre yang boleh turun sebagai ‘defensive forward’, mengutip bola daripada zon rendah dan menggerakkannya ke hadapan.
Manakala Perak pula menekankan aspek agresif di tengah. Mereka ada pemain seperti Brendan Gan dan Leandro yang sangat agresif.
Pertarungan di tengah akan menjadi menarik kerana Terengganu memiliki kualiti teknikal seperti Lee Tuck.
Perak adalah pasukan yang jelas dengan kehendak Mehmet Durakovic iaitu hantar kepada Gilmar secepat mungkin.
Manakala pasukan Terengganu perlu mempercepatkan proses mendapatkan rentak mereka dalam final kali ini.
Namun dalam final, taktikal perkara kedua, yang penting cara untuk menang dalam apa cara sekalipun. Ianya perhitungan 90 minit ataupun 120 minit dan juga mungkin akan ditentukan dengan penentuan penalti.
Fakta perlawanan
- Ini adalah final Piala Malaysia ke-3 untuk kedua-dua pasukan. Pada final sebelum ini, edisi 1998 dimenangi oleh Perak dan pada 2001 dimenangi oleh Terengganu.
- Perak adalah pasukan ke-3 paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia dengan 7 kejuaraan di belakang Selangor (33) dan Singapura (24)
- Terengganu sudah beraksi dalam 5 perlawanan akhir Piala Malaysia dan memenanginya sekali pada serta 4 kali naib juara
- Perak pula sudah beraksi dalam 18 final Piala Malaysia. 7 juara dan 11 kali naib juara.
- Selepas final dan kejuaraan terakhir 1999, Perak mara 2 kali selepas itu pada 2001 dan 2007, kedua-duanya tewas. Salah satu daripadanya tewas di tangan Terengganu.
- Selepas final dan kejuaraan terakhir mereka pada 2001, Terengganu ada 1 lagi final pada 2011, namun ditewaskan oleh Negeri Sembilan
Sebelum wisel
Ini adalah pertarungan yang sangat seimbang di antara kedua-dua pasukan. Dengan karakter kedua-dua jurulatih yang hampir sama di tepi padang, nampak pendiam namun sangat berpengaruh.
Di atas padang mereka ada penyerang berbisa dan juga pemain tengah yang boleh menjaringkan gol.
Terengganu mahu mengakhiri penantian 17 tahun manakala Perak mahu mengakhiri penantian 18 tahun.