Presiden Juventus Dakwa Kelab Tidak Puas Hati Dengan FIFA

Presiden Juventus, Andrea Agnelli menggambarkan hubungan di antara kelab-kelab Eropah dengan FIFA sebagai tidak baik dan tegang.

Ini berikutan cadangan badan bola sepak dunia itu memperkenalkan dua lagi kejohanan anjuran mereka.

Agnelli yang juga merupakan pengerusi Persatuan Kelab Bola Sepak Eropah (ECA), yang mewakili lebih 200 kelab dari benua itu berkata sebarang perbincangan mengenai penganjuran kejohanan harus mengambil kira konteks keseluruhan kalendar antarabangsa.

TURIN, ITALY – OCTOBER 25: Paolo Piccatti , Pavel Nedved , Remo Morone , Andrea Agnelli , Fabio Paratici , Marco Re and Giorgio Ricci during the Juventus shareholders meeting at Allianz Stadium on October 25, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Presiden FIFA, Gianni Infantino dikatakan akan membawa usul penganjuran dua kejohanan tersebut dalam satu mesyuarat badan bola sepak dunia itu pada Jumaat.

Pada Mei lalu Infantino pernah mencadangkan Kejohanan Liga Global Negara-Negara untuk menggantikan Kelab Piala Dunia.

Kejohanan itu didakwa oleh Infantino telah disokong oleh sekumpulan pelabur yang sanggup membelanjakan  USD25 billion sepanjang 12 tahun penganjuran mulai 2021.

TURIN, ITALY – OCTOBER 25: Andrea Agnelli during the Juventus shareholders meeting at Allianz Stadium on October 25, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Perkara itu bagaimanapun dibantah oleh beberapa penganjur liga domestik, kelab-kelab eropah, dan juga UEFA sendiri.

“FIFA mencadangkan pertandingan baru. Tetapi untuk itu, kita harus bermula dari bawah iaitu  menggunakan kalendar antarabangsa mulai 2024.

“Buat masa ini hubungan kelab-kelab dengan FIFA sedikit tegang mengenai rancangan ini,” ujar Agnelli keetika menjelaskan perkara tersebut kepada pemegang taruh Juventus semalam.

TURIN, ITALY – OCTOBER 25: Andrea Agnelli during the Juventus shareholders meeting at Allianz Stadium on October 25, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Agnelli turut mengesahkan ECA pimpinan beliau kini sedang berkongsi visi yang sama dengan UEFA secara harmoni dan saling menghormati.

Presiden ECA itu percaya hubungan yang dijalin dengan UEFA adalah contoh bagaimana dua pihak boleh bekerjasama mencari penyelesaian terhadap sesuatu isu.

Kalendar antarabangsa ialah kalendar yang disediakan untuk membenarkan negara-negara mengadakan perlawanan antarabangsa serta mengelakkan pertembungan dengan saingan domestik.

Pusingan kalendar antarabangsa yang diguna pakai pada hari ini akan tamat pada 2024, dan perbincangan sudah pun bermula untuk pusingan kalendar antarabangsa yang seterusnya.

Mengenai kalendar antarabangsa yang akan datang, Agnelli turut menyeru agar ianya dimodenkan untuk mengurangkan beban kepada pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN