Adakah Inter Milan telah mendahului masa dalam taktikal bola sepak mereka?
Ianya menjadi pertanyaan mengapa apa yang mereka lakukan dalam perlawanan menentang Barcelona di saingan UEFA Champions League pada pagi tadi tidak dilakukan secara kerap oleh pasukan lain.
Apakah yang Inter Milan lakukan dalam perlawanan yang berlangsung pada pagi tadi?
Barcelona memperolehi sepakan percuma betul-betul di kawasan tengah luar kotak penalti Inter Milan. Luis Suarez ditugaskan untuk mengambil sepakan tersebut.
Dalam situasi itu, seperti kebiasaan, pemain-pemain yang membentuk tembok benteng pertahanan akan melompat untuk menghalang gerakan set-pieces.
Suarez mempunyai idea lain dan cuba untuk menjadi bijak. Beliau melakukan percubaan rendah untuk melepasi benteng pertahanan yang dibentuk.
Malah selepas pasti taktik beliau berjaya, Suarez kelihatan berlari untuk bersedia meraikan gol yang beliau pasti telah cipta.
Namun demikian, pemain tengah Inter Milan, Marcelo Brozovic mempunyai idea yang lebih bijak untuk melakukan tugas bertahan.
Pemain berasal dari Croatia itu bertindak menggelungsur di belakang rakan sepasukan yang membentuk benteng pertahanan untuk menghalang percubaan Suarez.
Percubaan Brozovic berjaya, apabila bola mengena bahagian belakang beliau sebelum keluar.
Tindakan bijak oleh Brozovic bukan sahaja mampu menghalang Suarez, malah membuatkan Lionel Messi yang berada di tempat duduk penonton tersenyum kerana kagum.
Messi terpaksa disishkan dari perlawanan ini akibat kecederaan patah tangan kanan dalam aksi La Liga sebelum ini.
Walaupun Brozovic berjaya menghalang percubaan Suarez itu, beliau masih gagal menghalang dua gol Barcelona dalam perlawanan tersebut, untuk kemenangan 2-0 buat gergasi Catalan itu.
Saksikan rakaman video kejadian tersebut melalui pautan di bawah:
Watch Brozovic block Suarez’s free-kick. Genius
— Real Talk Football (@RealTlkFootball) October 24, 2018
Ini adalah rakaman dari sisi hadapan, manakala di bawah adalah rakaman amatur dari tempat duduk penyokong. Bijak bukan?