AFC B-19: Malaysia & Tajikistan Terikat 2-2 Dalam Aksi Dicemari Layangan 2 Kad Merah

AFC B-19

Skuad negara yang dibimbing Bojan Hodak masih berpeluang mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-19 selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Indonesia malam tadi.

Perlawanan bagaimanapun dicemari insiden kekasaran yang menyebabkan pemain kedua-dua pasukan dilayangkan kad merah serta pemain Tajikistan, Ziyuvuddin Fuzaylov mengalami patah kaki akibat terjahan dilakukan Nabil Hakim Bokhari.

Skuad negara amat memerlukan kemenangan selepas tewas pada 2-1 pada perlawanan pertama ketika menentang Arab Saudi tempoh hari.

Semuanya tampak berada di landasan yang tepat apabila Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-11.

Penyerang berusia 18 tahun itu mendapat lorongan cantik daripada ketua pasukan, Nik Akif Syahiran Nik Mat yang seterusnya dengan tenang menewaskan penjaga gol Tajikistan, Shohrukh Qirghizboev.

Kelebihan jaringan tersebut bertahan selama 23 minit dan Tajiskistan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti setelah Sheriddin Boboev dikasari Al-Imran Halim dalam kawasan penalti.

Ehsoni Panshanbe yang dipertanggungjawabkan mengambil sepakan itu tidak berdepan masalah untuk menyamakan kedudukan.

Ketika aksi babak pertama semakin menghampiri penghujung, Yodgorov Daler menghukum kealpaan jentera pertahanan skuad negara untuk gol kedua buat Tajikistan pada masa kecederaan.

10 minit perlawanan kembali bersambung, sepakan percuma Nabil Hakim kembali menceriakan kem negara selepas cubaan Hanonov Vahdat untuk mengeluarkan bola terus menerjah gawangnya sendiri.

Selepas itu tiada tambahan jaringan oleh kedua-dua pasukan dan hanya dua layangan kad merah dapat disaksikan masing-masing buat Nabil Hakim dan Khuseyn Nurmatov akibat terjahan keras dilakukan.

Malaysia perlu menewaskan China pada perlawanan terakhir dan mengharapkan agar Tajikistan tewas ditangan Arab Saudi untuk mara ke peringkat suku akhir.

Kredit Foto: AFC 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN