Jordi Alba Berharap Julen Lopetegui Terus Diberikan Peluang Bersama Real Madrid

Pertahanan Barcelona, Jordi Alba meluahkan perasaan bahawa dirinya amat berharap jika Julen Lopetegui terus kekal memimpin skuad Real Madrid.

Alba turut menganggap yang tindakan pihak pengurusan kelab itu untuk memecat Lopetegui disebabkan pres­tasi tidak menentu pada musim ini adalah satu kesilapan besar dan bakal merugikan pasukan.

Menurutnya, Lopetegui adalah salah seorang pengurus terbaik dan layak untuk diberi peluang di Madrid.


“Semua orang membuat keputusan dan pada masa itu Julen mahu menamatkan Piala Dunia dan kemudian menandatangani untuk sertai Real Madrid.”

“Tetapi, presiden Federasi Bola Sepak Sepanyol [Luis Rubiales] membuat keputusan yang diambilnya,”

“Saya mempunyai hubungan yang baik bersama Julen Lopetegui.”

“Saya sangat menyukainya kerana dia banyak membantu saya dan saya berharap dia dapat kekal dikedudukannya.” jelas Alba kepada Sport.

Tambahnya lagi, “Walaupun saya tidak meminati pasukan yang dilatihnya, dia layak untuk meneruskan kariernya kerana dia adalah seorang profesional yang hebat.”

Pengurus berusia 52 tahun itu menyertai Los Blancos pada 12 Jun 2018.

Beliau telah dinamakan sebagai pengurus Real Madrid yang baharu beberapa minggu selepas menetapkan masa depannya dengan skuad kebangsaan Sepanyol.

Lopetegui menandatangani perjanjian sehingga 2020 pada 22 Mei lalu tetapi Real Madrid telah merebut peluang itu dan beliau bersetuju untuk menyertai kelab gergasi Sepanyol itu selepas Piala Dunia.

Diawal kariernya bersama Real Madrid telah menunjukkan keputusan positif selepas berjaya membawa kelab tersebut memenangi lima kemenangan dan satu seri dari enam perlawanan.

Namun sejak kebelakangan ini, prestasi Real Madrid mula mengalami ketidaktentuan selepas terpaksa mencatat empat kekalahan dan satu seri dalam lima perlawanan terakhir melibatkan pasukan.

Keputusan tersebut jelas telah menjejaskan reputasi Lopetegui sebagai pengurus terbaik di Sepanyol ketika ini.

Walaupun berjaya membantu pasukan mencatat kemenangan menewaskan FC Viktoria Plzeň 2-1 pada perlawanan peringkat kumpulan G Liga Juara-jUara Eropah awal pagi tadi, keputusan tersebut masih belum cukup untuk menyakinan pihak tertinggi kelab.

Sehingga kini, spekulasi bahawa Real Madrid bersedia untuk  memecat pengendali dari Sepanyol itu sedang hangat dibicarakan dan tersebar luas di media tempatan dan antarabangsa.

Sudah pastinya perlawanan tumpuan El Clásico di Camp Nou pada 28 Oktober ini menjadi titik penentu masa depan Lopetegui di Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN