Liverpool mendapat tonik tambahan apabila bintang senegal, Sadio Mane disahkan cergas untuk disenaraikan dalam pertembungan Liga Juara-Juara menentang Red Star Belgrade, awal pagi Khamis ini.
Mane mengalami kecederaan patah ibu jari tangan ketika menjalani latihan sewaktu rehat antarabangsa beberapa hari lalu dengan dua lagi bintang, Mohamed Salah dan Naby Keita turut berdepan masalah kecederaan.
BREAKING: Sadio Mane set to return to Liverpool training today, putting him in contention to face Red Star Belgrade on Wednesday. #LFC pic.twitter.com/6izdp6JybA
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) October 22, 2018
Begitupun, bintang Mesir, Salah sudah beraksi dalam perlawanan Reds menentang Huddersfield baru-baru ini tetapi Mane dan Keita tidak disenaraikan dalam skuad.
Seorang lagi tonggak, Roberto Firmino dinamakan dalam bangku simpanan selepas mengharungi perjalanan panjang dari Brazil ke England.
Pengendali Reds, Jurgen Klopp mengakui Mane perlu memutuskan sama ada dia bersedia untuk mengharungi perlawanan di Anfield dan pemain berusia 26 tahun mengesahkan dia bersedia untuk kembali disenaraikan ketika Liverpool berusaha mengembalikan semula kempen di peringkat Eropah.
Update on Sadio Mane’s injury
He has released his latest x-ray results, which may be of interest to his FPL owners. pic.twitter.com/LntlTGCWYn
— FPL Partridge (@FPL_Partridge) October 17, 2018
Liverpool memperoleh permulaan baik apabila menumbangkan juara Perancis, Paris Saint-Germain pada perlawanan pertama tetapi kelab Inggeris itu kemudian tewas di tangan Napoli bagi aksi kedua.
Klopp mengakui kemenangan ketika menentang Huddersfield dalam kempen Liga Perdana Inggeris, minggu lalu tidak begitu meyakinkan.
“Saya kadang kala nampak kecewa di tepi padang sekali pun kami menang,” kata pengurus dari Jerman itu. “Prestasi tidak 100 peratus, ia seperti kami sepatutnya dapat menjaringkan gol dalam enam atau tujuh situasi tetapi kami memerlukan hantaran lebih baik.
“Kami melakukan banyak perkara yang hebat dan kemudian hantaran tidak baik. Bagaimana saya ingin menjelaskannya? Saya perlu melihat kembali permainan. Pemain-pemain tidak melakukan hantaran yang baik.”