Levante Tewaskan Real Madrid, Lopetegui Nafi Tertekan Dengan Risiko Dipecat

Levante tewaskan Real Madrid 1-2 di Santiago Bernabeu. Penyokong Real Madrid marah dengan keadaan semasa di Real Madrid dan meminta Presiden kelab mengembalikan semula Real Madrid yang dahulu.

Kekalahan ini terus meletakan Julen Lopetegui dalam tekanan. Jurulatih yang ‘dicuri’ Real Madrid daripada kem Piala Dunia Sepanyol sebelum ini.

Levante tewaskan Real Madrid pertama kali di Bernabeu selepas 11 tahun lamanya. Ini adalah kekalahan ke-4 Real Madrid dalam 5 perlawanan terakhir.

Ramai penyokong mendesak Lopetegui dipecat walaupun hanya 12 perlawanan beliau mengendalikan pasukan itu.

Beliau sebelum ini menafikan yang sokongan Florentino Perez kepada beliau semakin goyah.

Marcelo menamatkan kemarau gol terburuk kelab mereka selepas 481 minit.

Real Madrid juga ada 1 gol dibatalkan oleh VAR.

Tamat perlawanan Lopetegui menyatakan dia tak risau akan masa depan beliau. Itu perkara terakhir dalam senarai untuk beliau fikirkan, katanya lagi.

Fokus utama beliau adalah untuk memotivasikan pemain bagi menghadapi perlawanan UCL menentang Viktoria Plzen.

Lopetegui menyatakan yang pasukan beliau berhak menang. Cuma mereka tidak bernasib baik kerana gagal menjaringkan gol lebih banyak daripada lawan mereka.

Real Madrid di belakang hanya dalam masa 7 minit selepas Varane gugup bertahan. José Luis Morales merampas bola dan menewaskan Courtois.

Lebih memburukkan keadaan, 5 minit kemudian, Varane memberikan penalti kepada lawan kerana bola terkena tangan. VAR diperlukan untuk mengesahkannya. Roger Martí menyempurnakan penalti.

Real Madrid melakukan 35 percubaan ke arah gol dan 24 adalah percubaan tepat. Berbanding 6 percubaan (2 tepat) oleh Levante.

Levante tewaskan Real Madrid dalam malam penuh kenangan untuk mereka. Mereka kini mengutip 13 mata. Real Madrid sudah tewas 3 perlawanan selepas 9 aksi liga mereka setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN