Piala Malaysia 2018: Irfan Bakti Ada Petua Mujarab Halang Kebangkitan JDT

Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Haji Salim yakin dengan kemampuan anak buahnya apabila bakal berdepan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Larkin esok.

Beliau berkata kepada Kosmo menyifatkan JDT masih boleh ditewaskan dengan syarat pemainnya mengikut strategi dan taktikal permainan yang betul.

“Kelebihan satu gol ini sebenarnya besar dan juga kecil. Begitu juga dengan 90 minit yang berlangsung itu juga lama dan tidak lama. Jadi pemain harus mempunyai disiplin diri yang tinggi di Larkin nanti untuk kita berjaya melangkah ke perlawanan akhir nanti insya-Allah.

“Peluang sekarang adalah 50-50 kerana kelebihan JDT bermain di ‘rumah’ sendiri sementara TFC mempunyai kelebihan satu gol,” jelasnya.

TFC menumpaskan JDT 1-0 pada pusingan pertama separuh akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu menerusi jaringan penyerang Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-78.

Ketika ditanya oleh wartawan Kosmo mengenai persediaan mental pemain untuk menghadapi tekanan daripada penyokong Harimau Selatan itu nanti, Irfan berkata perkara itu tidak mendatangkan masalah kerana barisan pemainnya berpengalaman dan sudah lali dengan situasi tersebut.

Terengganu

“Dua perlawanan terakhir di tempat kita dengan begitu ramai penyokong saya rasa sudah tidak jadi masalah kepada pemain, lagipun saya sudah maklum kepada mereka supaya tumpukan di dalam padang kerana sudah pasti Larkin akan dipenuhi penyokong JDT.

“Dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Igor Zonjic, Lee Tuck dan Kipre Tchetche ia bukan masalah besar kerana pemain ini akan bertindak menasihati pemain lain,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan TFC menjelang pertemuan itu nanti ialah memperbaiki kelemahan di beberapa bahagian seperti jentera pertahanan memandangkan JDT bukanlah calang-calang pasukan.

Aksi pemanas badan bertemu kelab dari India, East Bengal pada Sabtu lalu yang berkesudahan seri 0-0 turut memberi input penting kepada TFC mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pada pemain.
JDT ialah juara bertahan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN