Shahrom Kalam: ‘Ramai Pemain Ingin Kekal Bersama Pasukan, Sayang Jika Felcra FC Berkubur’

Shahrom Kalam

Beberapa hari lalu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Felcra, Datuk Hazian Murad menjelaskan yang Felcra FC tidak akan menarik diri daripada saingan Liga Super musim hadapan.

Melalui petikan kenyataannya kepada Stadium Astro, Hazian menyatakan yang Felcra mempunyai dana yang cukup walaupun dikatakan tidak lagi bergantung kepada Felcra Berhad.

“Jumlah dana sebanyak RM10 juta adalah angka yang selamat.

“Tetapi, kalau dengan jumlah itu sahaja, ia kurang efisien untuk sesebuah pasukan bola.

“Kami bukan sahaja perlu membayar gaji pemain dan pegawai, ia melibatkan kos stadium, pengadil dan anggota keselamatan dalam setiap pasukan,” ujarnya kepada Stadium Astro lagi.

Sebenarnya dana sebanyak itu masih tidak mancukupi untuk pasukan yang beraksi di Liga Super. Mungkin sedikit tambahan dana amat diperlukan agar Felcra FC terus bernyawa.

Ini akhirnya telah menimbulkan desas-desus yang Felcra FC bakal berkubur tidak lama lagi. Dengan pelbagai kos perlu diambil kira, adakah Felcra FC akan ‘bungkus’ awal?

Foto: STADIUM ASTRO

Kapten Felcra FC, Shahrom Kalam jelas kurang selesa dengan perkhabaran ini sambil menyatakan pihak pengurusan wajar mengumumkannya lebih awal daripada terus berteka-teki.

“Kami perlu tahu hala tuju kami dalam pasukan Felcra secepat mungkin,” ujarnya kepada Stadium Astro.

“Ini bagi memberi ruang kepada kami untuk berunding dengan pasukan-pasukan lain” ujar Shahrom Kalam yang pernah beraksi bersama-sama Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Shahrom Kalam memilih untuk menyarung jersi Felcra FC selepas meninggalkan Perak penghujung musim 2017 walaupun sebenarnya menjadi buruan pasukan-pasukan elit.

Antara pasukan yang mengintai untuk mendapatkan khidmatnya ketika itu adalah Kuala Lumpur, namun memilih untuk ke Felcra selepas tertarik dengan perancangan pasukan tersebut.

“Kalau diikutkan, ramai pemain yang masih ingin kekal bersama Felcra. Sayang jika pasukan ini berkubur.” ujar pemain yang kini telah berusia 33 tahun itu lagi.

“Saya harap pihak pengurusan dapat memaklumkan secepat mungkin hala tuju kami,” pintanya kepada pengurusan The Rival, Felcra FC sebelum menutup bicara.

Felcra FC baru sahaja dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super musim depan apabila berjaya menamatkan saingan 100PLUS Liga Premier di kedudukan kedua, dibelakang Felda United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN