Real Madrid Bantah Perlawanan Barcelona VS Girona Di USA

Real Madrid telah melakukan bantahan terhadap perlawanan La Liga di antara Barcelona dan Girona diadakan di Amerika Syarikat.

Sebelum ini La Liga telah memohon kepada Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF) agar perlawanan tersebut diadakan di Miami pada 26 Januari hadapan.

Di dalam satu surat kepada RFEF, Real Madrid berkata perlawanan liga harus diadakan di stadium sendiri secara timbal balik demi integriti dan kesaksamaan pertandingan.

. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Presiden RFEF, Luis Rubiales turut pernah berkata membantah cadangan tersebut, Persatuan Pemain Sepanyol (AFE) turut senada dengan pendapat Rubiales.

Untuk perlawanan tersebut diadakan di luar Sepanyol, ia turut harus mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada UEFA, Konfederasi Bola Sepak Amerika Syarikat dan juga CONCACAF yang merupakan badan bola sepak di utara, tengah Amerika, dan Caribbean.

The RFEF president Luis Rubiales has spoken out against the game, as has the Spanish players’ union (AFE).

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Perlawanan di antara Girona dan Barcelona tersebut sepatutnya adalah perlawanan milik Girona sebagai tuan rumah. Girona adalah sebuah perbandaran di Catalan yang terletak kira-kira 60 batu dari utara Barcelona.

La Liga sebelum ini bersetuju untuk mengadakan satu perlawanan setiap musim di Amerika Syarikat untuk memenuhi perjanjian selama 15 tahun bersama sebuah syarikat media, Relevant.

Di dalam surat bantahan oleh Real Madrid, kelab tersebut berkata:

“Kami mahu menegaskan bahawa Real Madrid tidak pernah diberitahu oleh La Liga mengenai rancangan mereka itu. La Liga turut tidak pernah bertanya akan pendapat kami.

(Photo by Miquel Llop/NurPhoto via Getty Images)

“La Liga juga tidak pernah memohon persetujuan dari Real Madrid, walaupun ianya jelas perlawanan tersebut boleh memberi kesan kepada pertandingan yang Real Madrid sertai.

Presiden La Liga, Javier Tebas sebelum ini turut berkata:

“Terdapat pasukan sebelum ini beraksi di stadium berlainan ketika stadium milik mereka sendiri menjalani proses ubah suai.

“Jika kita benar-benar percaya kepada pengertian sukan, maka kita harus berani melakukan perubahan.”

Kini ianya dikatakan terpulang kepada AFE untuk memutuskan sama ada rancangan tersebut akan diteruskan atau tidak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN