Hiddink Puji CFA Dalam Usaha Membangunkan Pemain Muda

Guus Hiddink kagum dengan semangat para pemain muda di China ketika mengendalikan sesi latihan.

Hiddink yang dilantik sebagai jurulatih skuad Olimpik China, kini berada di kem latihan di Hoenderloo. Misi utama mereka adalah untuk layak ke Sukan Olimpik di Tokyo.

Hiddink menyatakan buat masa ini beliau masih memerlukan jurubahasa kerana Bahasa Cina beliau sangat terhad dan hanya boleh digunakan untuk memesan makanan, tambahnya sambil ketawa.

Liga Super China dikenali dengan keghairahan mereka membawa masuk nama-nama besar dari Eropah dalam beberapa musim kebelakangan ini termasuk Tevez, Lavezzi, Hulk, Axel Witsel, Paulinho, Oscar dan ramai lagi,

Hiddink mendapat tahu yang peraturan di China, apabila sesebuah kelab itu berbelanja lebih daripada €5 juta, mereka harus membayar angka yang sama dengan lebihan perbelanjaan kepada tabung pembangunan bola sepak yang diselia oleh FA China.

Sebagai contoh, ada kelab berbelanja €8 juta. Maka mereka perlu menyumbangkan €3 juta kepada tabung pembangunan. Wang itu akan digunakan untuk pembangunan dan juga naik taraf fasiliti.

Hiddink menganggap dasar itu sebagai sesuatu yang sangat baik.

“Ketika ini, tidak boleh lebih daripada 3 pemain asing dalam pasukan ketika bermain dan juga perlu ada 3 pemain China yang berusia 23 tahun dan ke bawah.”

“Ini langkah yang sangat baik untuk bola sepak China.”

Hiddink ada tugasan berat untuk membawa China layak pertama kali ke Olimpik atas tiket merit. Sebelum ini mereka hanya beraksi dalam acara bola sepak atas tiket tuan rumah.

Hiddink menyatakan buat masa ini beliau masih dalam proses penelitian kepada beberapa perkara melibatkan pemain muda di China.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN