Lesen ‘Sangkut’ Mungkin Kerana Tunggakan KWSP, LHDN & PERKESO, KAFA Jumpa FAM Esok

KAFA jumpa FAM pada Isnin ini untuk menyelesaikan isu lesen yang membolehkan mereka bermain di Liga Malaysia pada musim hadapan.

Bibi Ramjani menyatakan yang beliau sendiri mengetuai delegasi KAFA jumpa FAM untuk berbincang berkaitan dengan masalah ini.

Perjumpaan itu adalah usaha KAFA untuk menyelesaikan isu perlesenan kelab dengan segera. Dipetik daripada sumber Mstar Online, bercakap kepada wartawan beliau berkata:

“Kami sedang meneliti syarat-syarat yang perlu dilengkapkan oleh Kafa bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) dapat beraksi pada Liga-M musim depan.”

Bibi Ramjani juga menjangkakan tunggakan pembayaran berkaitan cukai, KWSP dan PERKESO melibatkan beberapa pemain mungkin antara sebab kenapa lesen mereka masih tak lulus lagi.

“Mungkin lesen tidak diluluskan kerana tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap beberapa pemain.”

Beliau faham akan kerisauan para penyokong. Beliau juga memberitahu dirinya lagi risau kerana ini melibatkan nasib pasukan Kelantan.

Oleh itu, mereka perlu menepati piawaian dari segi kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Kredit: FA Selangor

Bibi Ramjani berikrar akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan isu ini untuk memastikan Kelantan mendapat lesen.

FAM sebelum ini memberitahu setiap kelab perlu menepati piawaian Peraturan Perlesenan Kelab 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN