KBS tak akan bayar sesen untuk memperbaiki kerosakan AMD (Akademi Mokhtar Dahari). Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq membuat kunjungan ke AMD.
Syed Saddiq Kecewa Kelemahan Penyelenggaraan & Kemudahan Di AMD. Beliau juga mendedahkan pusat bola sepak itu tidak diurus dengan baik dan banyak sekali kerosakan.
saya sempat mencuri masa untuk melawat Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari (AMD) di Gambang setelah mendengar banyak komen daripada para jurulatih/ibu bapa/orang awam.
Saya kesini untuk melihat sendiri bagaimana sebenarnya keadaan AMD. pic.twitter.com/SFs2ClyWdB
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
Syed Saddiq menyatakan terdapat 800 kerosakan AMD buat masa ini. Beliau memberitahu yang AMD masih dalam tempoh jaminan kerosakan yang masih laku dalam tempoh 2 tahun.
Saya difahamkan dalam masa 6 bulan, sudah ada lebih daripada 700 defects dan hanya 83 sahaja yang sudah dibaiki oleh main con setakat ini pic.twitter.com/svL2RnOyD4
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
Syed Saddiq kecewa kerana beliau diberitahu yang laporan kerosakan AMD itu ada dibuat oleh jurulatih. Namun tiada tindakan susulan dibuat selepas itu.
Beliau mendedahkan wajah sebenar di AMD yang jelas memerlukan perhatian segera.
Keadaan padang yang banjir apabila hujan, sedangkan padang ini sepatutnya boleh digunakan walaupun hujan. pic.twitter.com/F4JoFZK6K9
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) October 5, 2018
Beliau yakin kerosakan itu akan diperbaiki selepas ini oleh pihak yang bertanggungjawab.
Dipetik dari sumber Mstar Online, beliau berkata:
“Saya dimaklumkan bahawa walaupun selepas jurulatih membuat aduan mengenai kerosakan itu, tiada tindakan yang diambil untuk menyelesaikannya.”
“Jabatan kerja Raya telah tampil dalam kes ini, dan saya percaya ia akan dibaiki.”