Minggu ketiga bagi Terengganu Amateur League 2018 menyaksikan pasukan-pasukan utama di dua divisyen mula menjarakkan diri dengan pasukan di bahagian pertengahan dan bawahan liga.
Tidak kira sama ada di Liga Super atau Liga Perdana, para pendahulu mula menjarakkan kedudukan walaupun di puncak liga terdapat beberapa pasukan yang berkongsi mata.
Liga Super
Perlawanan yang menjadi tumpuan pada minggu ketiga adalah melibatkan BTK FC menentang Gemuda FC yang menyaksikan 6 gol dihasilkan.
BTK FC menjadi pasukan yang memperoleh kelebihan pada perlawanan ini apabila mereka berjaya menjaringkan 4 gol berbanding Gemuda FC yang hanya menjaringkan 2 gol sahaja.
Gemuda FC bagaimana pun mendahului menerusi jaringan Akmal Firdaus pada minit ke-14 sebelum disamakan oleh Muhamad Shahimi 3 minit kemudian.
Qildran Syah meletakkan Gemuda FC pada minit ke-23 namun Muhamad Zulkifli menyamakan kedudukan sekali lagi 3 minit sebelum rehat.
Di separuh masa kedua, BTK FC menjaringkan 2 lagi gol untuk mematerikan kemenangan.
Muhamad Harith menjaringkan gol menerusi sepakan penalti dan Muhammad Hakimi menjaringkan gol pada babak terakhir permainan.
Perlawanan ini turut dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain Gemuda FC iaitu Saifullah.
Apa yang menariknya, pemain itu dibuang padang semasa beliau di bangku simpanan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil.
Selain itu, Muhammad Hakimi dari BTK FC juga dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Perlawanan ini juga menyaksikan 5 pemain BTK FC dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan.
Aksi lain menyaksikan Island FC terus memperoleh kemenangan. Kali ini mereka menewaskan Real Chukai.
Mereka memperoleh kemenangan selesa 2-0 hasil jaringan dari Amirul Haikal dan juga Muhammad Amirul.
Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain bagi aksi Liga Super:
- PBSMT-Lanjerket 2-0 Kebilal-KKTRWT (Amirul Samsuddin 8′, Muhamad Hazazi 88′)
- CND FC 2-1 Pemanis FC (Muhammad Mustaqim 7′, 65’/Muhammad Saifudin 78′)
- MD Besut-Ayahanda FC (perlawanan ditangguhkan)
Liga Premier
Bagi aksi di divisyen dua pula, terdapat 2 perlawanan yang menyaksikan pemain dibuang padang.
Dalam aksi melibatkan ATFC Suhada dan juga Sixma, Mohd Ridwan dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
Ia merupakan pelengkap kepada hari tidak bagi buat Sixma, apabila mereka tewas 1-0 hasil jaringan tunggal Faiz Fakhrudin.
Dalam perlawanan lain, Muhammad Zharif yang mewakili Markless ST turut dilayangkan kad merah.
Sama seperti dengan pasukan Sixma, Markless ST turut tewas tetapi dengan jaringan 2-0.
Ahmad Shafie dan juga Aiman Sharoni menjadi penjaring dalam kemenangan DSPEX FC ke atas Markless ST.
Berikut merupakan 3 lagi keputusan lain dalam saingan Liga Premier:
- TDTD 0-3 Real Grebar (Nik Zainini 35′, Mohd Muslim 75′, ’83)
- TTF 1-1 Raja Permin (Hakimi Amirin 27’/Amar Humaid 90′)
- Delima Warrios 0-1 MYXINI K.B. FC
Selepas minggu ketiga..
Selepas 3 minggu TAL berlangsung, PBSMT-Lanjerket, Island FC dan juga BTK FC masih lagi menjadi pendahulu bersama bagi Liga Super.
Sementara ATFC Suhada serta DSPEX FC menjadi pendahulu bersama di Liga Perdana.
5 pasukan masih lagi gagal mengutip sebarang mata selepas 3 perlawanan dengan 3 dari Liga Super dan 2 dari Liga Perdana.