Anugerah Penjaring Terbanyak Bakar Semangat Luqman Hakim

Walaupun skuad bawah 16 (B-16) tahun kebangsaan sudah tersingkir daripada saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) minggu lalu, namun kejayaan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin merangkul gelaran penjaring terbanyak menjadi pengubat duka peminat bola sepak tempatan.

Luqman merupakan pemain pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah tersebut dalam saingan AFC B-16 selepas menjaringkan 5 gol ke atas Tajikistan dan Thailand.

Skuad kendalian Lim Teong Kim tersingkir di peringkat kumpulan selepas merekodkan satu kemenangan dan dua kekalahan turut gagal mencapai sasaran utama mereka layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan.

Bercakap kepada Berita Harian, Luqman mengakui kejayaan ini membakar semangatnya dan tidak sangka mampu menjaringkan banyak gol selepas dua perlawanan.

“Saya rasa bangga buat pertama kali dapat anugerah penjaring terbanyak dalam kejohanan besar seperti ini. Ia hadiah buat pasukan dan seluruh penyokong bola sepak Malaysia.

“Diharapkan hadiah ini sedikit sebanyak dapat mengubat kekecewaan semua pihak selepas kami tersingkir awal di peringkat kumpulan dan ia sudah semestinya menjadi motivasi untuk kerjaya masa depan saya,” katanya kepada Berita Harian.

Luqman Hakim menjaringkan 4 gol ketika menentang Tajikistan pada perlawanan pertama.

Dalam kedudukan carta penjaring AFC B-16, Luqman berkongsi lima gol bersama pemain Jepun, Shoji Toyama dan penyerang Australia, Noah Botic.

Bagaimanapun, kejayaan Luqman yang meledak lima gol selepas hanya beraksi satu perlawanan setengah sebelum dilayangkan kad merah ketika berdepan Thailand menjadi kelebihan buatnya merangkul anugerah itu berbanding Toyama dan Botic yang beraksi sekurang-kurangnya lima perlawanan.

Luqman turut bertuah apabila Toyama tidak menjaringkan sebarang gol pada aksi final ketika berdepan Tajikistan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Kejayaan yang diraih oleh Luqman Hakim bermakna pemain muda ini perlu beraksi di pentas yang lebih besar bagi meningkatkan dan memperkemaskan lagi tahap permainan beliau. Bagi meningkatkan lagi kualiti beliau, kami berpendapat Luqman perlu mencari peluang untuk beraksi di luar negara,

Jika Luqman berjaya menyertai salah satu kelab terbaik di luar negara, tidak mustahil beliau bakal menjadi penyerang terbaik yang dimiliki oleh negara pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN