John Terry Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Bekas kapten England dan lagenda Chelsea, John Terry akhirnya memilih untuk menggantung but daripada bermain bola sepak dan beliau berhasrat untuk meneruskan kariernya dalam bidang pengurusan.

Pemain pertahanan tengah yang berusia 37 tahun itu menghabiskan kebanyakan kariernya bersama kelab Chelsea, menjadi kapten pasukan divisyen kedua, Aston Villa pada musim lalu.

Kini Aston Villa dilaporkan mahu Terry menyertai barisan kejurulatihan kelab itu dalam usaha mereka menyenaraikan muka baharu dengan Thierry Henry dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengurus di Villa Park, selepas Steve Bruce dipecat.

“Selepas 23 tahun yang mengagumkan sebagai seorang pemain bola sepak, saya memutuskan kini adalah masa yang tepat untuk bersara daripada bermain,” kata Terry dalam satu mesej yang dimuatnaik dalam laman akaun Instagram miliknya.

Terry, beraksi sebanyak 78 kali bersama skuad kebangsaan England, baru-baru ini menolak peluang untuk menyarung jersi Spartak Moscow, dengan berkata perpindahan ke Russia bukanlah keputusan yang tepat bagi keluarganya.

Perlawanan terakhirnya sebagai pemain profesional adalah bersama Villa yang ketika itu tewas 0-1 kepada Fulham, dalam aksi ‘playoff’ Liga Kejuaraan pada Mei lalu – kekalahan yang menyebabkan Villa gagal kembali ke Liga Perdana.

Tetapi kariernya sebagai pemain akan diingati ketika bersama Chelsea dengan memenangi lima gelaran Liga Perdana, lima Piala FA dan Liga Juara-Juara 2011-12.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN