Aksi Liverpool dan Manchester City semalam adalah perlawanan tumpuan EPL minggu ini. Liverpool masih belum menang dalam 3 perlawanan terakhir mereka dalam semua kompetisi.
Mereka pastinya mahu bangkit selepas tewas di tangan Napoli sebelum ini.
Namun kali ini, perlawanan kedua-dua pasukan ini tidak seperti yang diharapkan. Pastitnya ramai mahukan bola sepak yang sarat dengan pertarungan taktikal.
Kedua-dua pasukan bergelut untuk mencari gol sepanjang perlawanan. Beberapa pemain utama mereka gagal memberikan aksi terbaik termasuk Mohamed Salah dan Sergio Aguero.
Serangan dipatahkan terlalu mudah oleh pertahanan kedua-dua pasukan. Hanya 2 percubaan tepat dicatatkan oleh Liverpool dan juga Man. City.
Berlaku drama pada babak akhir perlawanan. Di mana Manchester City diberikan penalti selepas Gabriel Jesus dijatuhkan Van Dijk.
Riyad Mahrez tidak mahu menyerahkan penalti kepada Gabriel Jesus yang sudah bersedia mahu mengambil sepakan itu. Riyad Mahrez ada peluang untuk menjadi penjaring kemeangan dalam perlawanan ini.
Liverpool kelihatan bakal tewas lagi kerana gol minit akhir seperti mana ketika perlawanan UCL menentang Napoli.
Namun sayangnya Riyad Mahrez melakukan percubaan yang melambung tinggi. Satu penalti yang agak teruk.
Manchester City's Riyad Mahrez sends penalty to infinity and beyond: https://t.co/RRGsxSNJsr pic.twitter.com/mLbn63Zvpq
— Deadspin (@Deadspin) October 7, 2018
Perlawanan berakhir dengan 0-0. Kedua-dua pasukan masih kekal tak tewas setakat ini. 3 pasukan terikat dengan 20 mata adalah Chelsea, Man. City dan Liverpool.
Ini selepas Chelsea menang 3-0 ke atas Southampton dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal.