Terengganu berhadapan dengan JDT dalam separuh akhir Piala Malaysia 2018. JDT adalah juara bertahan piala ini.
Kedua-dua pasukan beraksi dalam keadaan padang yang agak lembap dan memerlukan masa untuk mencari rentak.
Pada awal perlawanan, Kipre melorongkan bola kepada Lee Tuck selepas menggelecek Farizal Marlias, namun Aidil berjaya menghalang Lee Tuck daripada menyentuh bola.
Safawi Rasid melakukan beberapa percubaan pada separuh masa pertama. Antaranya, satu percubaan beliau ditepis keluar oleh Suffian Rahman.
Partiban juga memiliki peluang untuk menjaringkan gol namun percubaannya tepat ke arah penjaga gol.
Cabrera melakukan percubaan yang terkena tiang. Pada minit ke-42 Safawi melakukan percubaan yang ditepis oleh Suffian Abdul Rahman.
Separuh masa pertama JDT banyak menyerang namun Terengganu berjaya mematahkannya. Terengganu cuba menyerap serangan dan melancarkan serangan balas.
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0.
Bersambung babak ke-2, JDT cuba menguasai perlawanan. Safawi melakukan percubaan leret terus ke dakapan penjaga gol pada minit ke-63.
JDT seperti separuh masa pertama, di mana mereka berterusan menyerang namun buntu di final third.
Safawi Rasid terus menjadi pemain yang banyak mencuba ke arah gol dalam perlawanan ini termasuk sepakan percuma daripada luar kotak penalti yang tersasar.
Terengganu akhirnya di hadapan menerusi Abdul Malik Mat Ariff yang menerima ‘cut back’ daripada Kipre.
Satu ciptaan peluang yang mirip kepada peluang yang dicipta Kipre kepada Lee Tuck pada separuh masa pertama.
Lee Tuck hampir berjaya menambah gol pada masa kecederaan menerusi sepakan percuma.
Terengganu menang 1-0 mengatasi JDT. Bekalan 1 gol akan dibawa ke Larkin tanpa membenarkan JDT menjaringkan ‘away goal’.