Tanpa disangka-sangka pasukan yang ditewaskan skuad negara 6-2 pada perlawanan pembukaan iaitu Tajikistan berupaya untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir Kejuaraan AFC Bawah 16 Tahun.
Kejayaan tersebut menjelma selepas skuad muda yang dibimbing Zaynidin Rakhimov itu berjaya mengejutkan Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti selepas aksi kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan terikat 1-1.
Tajikistan membuka tirai jaringan pada minit kedua perlawanan apabila berpunca daripada sepakan percuma rendah di sebelah kanan pintu gol Korea Selatan oleh Nidoyor Zabirov, berjaya disudahkan dengan baik oleh Ozodbek Panzhiev.
Jaringan itu juga merupakan gol pertama yang dibolosi Korea Selatan sepanjang kejohanan berlangsung.
2' GOAL! 1-0 🇹🇯 Tajikistan
DREAM START! Panzhiev hands Tajikistan an early lead after converting a low free kick from their left hand side.
It's the FIRST goal South Korea have conceded in this #AFCU16! pic.twitter.com/yZXhUaZbi7
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) October 4, 2018
Ketika perlawanan memasuki minit ke-40, Yoon Suk-Ju menggunakan kesempatan ketika penjaga gol Tajikistan berada sedikit keluar dari posisinya untuk menanduk masuk bola bagi kembali menyamakan kedudukan.
39' GOAL! 1-1 🇰🇷 South Korea
The keeper misjudges the delivery of the corner and Suk-Ju sneaks in to draw the Koreans level.#AFCU16 pic.twitter.com/GsXkLGFO33
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) October 4, 2018
Kedudukan tersebut hingga tamat permainan walaupun kedua-dua pasukan mempunyai peluang terbaik untuk menghasilkan gol kemenangan pada aksi 90 minit perlawanan.
Kedudukan terikat memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.
Lima sepakan pertama berjaya disudahkan dengan baik oleh para dan sepakan keenam juga tidak memberikan masalah buat mereka.
Dan inilah pengakhiran terhadap penentuan genting tersebut:
SAVED!
Ho-Jun takes ages for his penalty and fails to convert as the keeper gets down well to save it!
6-6 🇰🇷 South Korea. Chance for Tajikistan to win…#AFCU16 https://t.co/38L5FUqGsu
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) October 4, 2018
MAJOR UPSET!
Muhammadrasul scores the winning penalty to help 🇹🇯 Tajikistan beat the mighty 🇰🇷 South Korea 7-6 in the penalty shootout after drawing 1-1 in 90 minutes!
They will face 🇯🇵 Japan in the #AFCU16 final on Sunday. https://t.co/5s38jwXOTK
— FOX Sports LIVE! (@FSAsiaLive) October 4, 2018
Dengan kemenangan bersejarah ini bakal menemukan semula Tajikistan dan Jepun, pasukan yang pernah ditentang mereka dalam saingan kumpulan tempoh hari.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dan perlawanan akhir nanti pasti menarik untuk disaksikan keupayaan Tajikistan dan Jepun bagi merebut trofi kejuaraan.
Jepun terlebih dahulu mengesahkan tempat ke perlawanan akhir selepas berjaya menumpaskan Australia 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi yang berlangsung pada sebelah petang semalam.
Foto: AFC