UCL 2018/19: Liverpool & Tottenham Terima Nasib Serupa, Kecundang Pada Perlawanan Kedua

Liverpool

Dua kelab wakil England, Liverpool dan Tottenham Hotspur menerima nasib serupa selepas tewas ditangan lawan masing-masing pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 awal pagi tadi.

Liverpool mempamerkan aksi hambar untuk tewas 1-0 di San Paolo pada pertemuan bertemu SS Napoli, manakala Tottenham tidak mampu untuk menghalang Barcelona dari mencatatkan kemenangan 4-2 di Wembley.

SS Napoli (1) Liverpool (0)

Aksi pada pagi tadi tidak keterlaluan untuk mengatakan ia adalah yang terburuk buat Liverpool pada musim ini.

Tiada serangan tepat kearah gol yang dapat dicipta walaupun Jurgen Klopp menyenaraikan Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane di jentera serangan.

Napoli sebaliknya lebih mengancam dengan beberapa percubaan berbahaya yang dinafikan penjaga gol Liverpool, Alisson Becker.

Dries Mertens turut terlepas peluang apabila kuisan hasil hantaran lintang daripada Mario Rui, sudah berjaya menewaskan Alisson tetapi palang gol menggagalkan usaha pemain antarabangsa Belgium tersebut.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 03: Lorenzo Insigne of SSC Napoli scores the 1-0 goal during the Group C match of the UEFA Champions League between SSC Napoli and Liverpool at Stadio San Paolo on October 3, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Lorenzo Insigne akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-90 selepas beliau yang merima hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol Liverpool yang dilakukan Jose Maria Callejon, dengan mudah menghulurkan kakinya untuk meletakkan bola ke dalam gawang Liverpool.

Jaringan tunggal dari Insigne itu sudah cukup bagi merentap ‘ego’ Liverpool yang dilihat sebagai pasukan pilihan untuk meraih kemenangan pada perlawanan ini.

Tottenham Hotspur (2) Barcelona (4)

Tottenham Hotspur yang tewas 2-1 pada pertembungan menentang Inter Milan tempoh hari, terpaksa menelan kepahitan tumbang buat kali kedua.

Namun, bertemu gergasi Sepanyol, Barcelona, tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai peluang buat anak buah Mauricio Pochettino bagi meraih kemenangan pada perlawanan ini.

Pelawat tidak menunggu lama bagi membuka tirai jaringan apabila Phillipe Coutinho hanya memerlukan dua minit sahaja untuk menggembirakan kem Barcelona.

Menerusi hantaran jauh yang terus mencari Jordi Alba, pemain pertahanan kiri itu dengan pantas melakukan hantaran kepada Coutinho yang kemudiannya melepaskan rembatan ketika Hugo Lloris tiada di kawasan yang sepatutnya beliau berada untuk gol pertama perlawanan.

Berselang 26 minit kemudian, Ivan Rakitic meledakkan satu sepakan voli yang menarik dari luar kotak penalti untuk sekali lagi menghampakan Lloris di gawang Spurs.

LONDON, ENGLAND – OCTOBER 03: Lionel Messi of Barcelona celebrates after scoring his team’s third goal during the Group B match of the UEFA Champions League between Tottenham Hotspur and FC Barcelona at Wembley Stadium on October 3, 2018 in London, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Memasuki babak kedua, Harry Kane merapatkan kedudukan selepas penjaring terbanyak Piala Dunia 2018 itu yang bergerak secara solo ke dalam pintu gol Barcelona, melepaskan sepakan ‘placing’ yang terus menewaskan Marc-Andre ter Stegen pada minit ke-52.

Namun, kegembiraan penyokong tuan rumah hanya bertahan selama empat minit apabila giliran Lionel Messi pula mencetakkan nama selaku penjaring ketiga buat The Blaugrana.

Erik Lamela pula kembali menghidupkan peluang buat tuan rumah bagi kembali bangkit pada perlawanan ini apabila percubaannya dari luar kotak penalti berjaya membuahkan hasil untuk gol kedua Spurs.

Messi bagaimanapun memadamkan api perjuangan Tottenham menerusi jaringan keempat yang terhasil pada minit ke-90 untuk melengkapkan kemenangan 4-2 buat Barcelona.

Keputusan perlawanan-perlawanan lain

1) Atletico Madrid (3) Club Brugge (1)

2) Borussia Dortmund (3) AS Monaco (0)

3) PSV Eindhoven (1) Inter Milan (2)

4) Paris Saint-Germain (6) FK Crvena Zvezda (1)

5) Lokomotiv Moscow (0) Schalke O4 (1)

6) Porto (1) Galatasaray (0)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN