Bulan lalu, pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyatakan hasrat beliau ingin menamatkan karier kejurulatihannya di akademi terkemuka Barca, La Masia dalam satu temubual bersama rancangan televisyen Universo Valdano.
Mengulas mengenai perkara itu, Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menegaskan pintu kelabnya sentiasa terbuka untuk menerima kepulangan Pep Guardiola seandainya jurulatih Manchester City mahu kembali bersama bekas majikannya.
'The door is always open for him'
Barcelona president happy to welcome Pep Guardiola back to the Nou Camp with open armshttps://t.co/GNIVAn4fxi pic.twitter.com/7cA6wtcTpE
— Mail Sport (@MailSport) October 1, 2018
Jurulatih berusia 47 tahun itu pernah beraksi bersama Barca selama 11 tahun sebelum mengemudi pasukan itu pada 2008, memimpin pasukannya memenangi 14 trofi termasuk dua Liga Juara-Juara.
Guardiola meninggalkan Barca pada tahun 2012 menyertai Bayern Munich sebelum berhijrah ke City di mana dia menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.
“Saya ada membaca berita beberapa hari lalu mengatakan dia ada perancangan untuk kembali ke pangkuan Barcelona dan mungkin mengambil alih La Msia.
https://twitter.com/radar_sv/status/1046839892523864064
“Saya fikir itu berita yang bagus untuk kelab kami kerana dia boleh melakukannya suatu hari nanti.
“Dia tahu pintu kami sentiasa terbuka untuknya. Walaupun dia memberitahu mahu meninggalkan kami pada 2012, kami mencadangkan kepadanya supaya mengambil alih La Masia.
“Dia setuju. Tiada sesiapa pun menyuruhnya meninggalkan Barcelona. Dia boleh kembali pada masa akan datang. Dia tahu tentang perkara ini. Kenapa tidak?,” kata Bartomeu.