UCL 2018/19: Man City Kutip Tiga Mata Berharga, Mourinho Terus Tiada Jawapan

Ini sekali lagi kisah berbeza dua kelab dari Manchester. Kali ini di saingan UEFA Champions League.

Manchester City pimpinan Pep Guardiola bertandang ke Rhein-Neckar-Arena untuk menghadapi skuad kendalian Julian Nagelsmann, Hoffenheim dalam saingan Kumpulan F.

Manakala Manchester United menanti kunjungan Valencia di Old Trafford untuk saingan Kumpulan H.

Ini adalah perlawanan UEFA Champions League pertama yang diadakan di Rhein-Neckar-Arena, dan Manchester City adalah ujian besar buat anak didik Nagelsman.

Photo: Patrick Seeger/dpa (Photo by Patrick Seeger/picture alliance via Getty Images)

Pertemuan Hoffenheim dan Manchester City di Rhein-Neckar-Arena bermula dengan penuh dramatik. Juara Liga Perdana Inggeris itu ketinggalan 1-0 hanya selepas 44 saat wisel permulaan ditiup.

Jaringan oleh Hoffenheim dihasilkan oleh Ishak Belfodil yang menolak bola masuk dari celah kaki Ederson selepas terus melakukan tekanan ke kubu pertahanan lawan dari sepak mula.

Namun kelebihan anak didik Nagelsman itu tidak kekal lama. Enam minit kemudian Sergio Aguero berjaya menyamakan kedudukan untuk City selepas berjaya menolak masuk hantaran cut back dari Leroy Sane.

(Photo by Simon Hofmann/Getty Images)

Hoffenheim bertahan dengan baik sepanjang perlawanan, dan sekali sekala cuba mengancam dengan serangan balas pantas.

City turut mendakwa mereka wajar diberikan sepakan penalti pada babak kedua perlawanan selepas Sane dijatuhkan oleh penjaga gol, Baumann dalam situasi satu lawan satu.

Kelekaan pemain pertahanan Hoffenheim, Stefan Posch yang gagal mengawal kemas bola di dalam kawasan penalti sendiri akhirnya dihukum oleh David Silva yang berjaya mencuri bola sebelum menewaskan Baumann pada minit ke-87 perlawanan.

(Photo by Maja Hitij/Bongarts/Getty Images)

Kedudukan kekal 2-1 dengan kemenangan kepada pasukan pelawat.

Di Old Trafford, tumpuan pastinya akan terarah kepada Jose Mourinho dan Paul Pogba- dua individu yang banyak dikaitkan dengan kepurusan buruk United dalam beberapa perlawanan yang lalu.

Berhadapan Valencia, Manchester United gagal mengalihkan tekanan yang dialami oleh pengurus pasukan, Jose Mourinho apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Manchester United bermula dengan baik dalam perlawanan ini, dengan ancaman awal dihadirkan oleh dua pemain sayap, Marcus Rashford dan Alexis Sanchez.

Namun Valencia turut mulai memperolehi keyakinan untuk bersaing dalam perlawanan ini, dan pasukan tuan rumah kemudiannya dilihat semakin kehilangan arah.

Malah wakil dari Sepanyol itu memiliki peluang yang lebih baik untuk menjaringkan gol di setiap babak perlawanan sehingga United kembali menemui rentak.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Rashford turut terlepas peluang menjaringkan gol apabila sepakan percuma beliau tinggi, dan pasukan pelawat akhirnya berjaya mencuri satu mata melalui perlawanan ini.

Keputusan ini meletakkan United di tangga kedua Kumpulan H, dua mata di belakang Juventus selepas kelab Turin itu menewaskan Young Boys 3-0.

Perlawanan seterusnya akan menyaksikan kepulangan Cristiano Ronaldo bersama Juventus ke Old Trafford pada 23 Oktober hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN