Thailand Senarai 50 Pemain Tanpa 4 Bintang Utama Untuk Piala AFF 2018

Milo Thailand

Dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2016, ketua jurulatih Thailand, Milovan Rajevac telah menyenaraikan 50 pemain sebagai persediaan awal.

Piala AFF Suzuki 2018 yang berlangsung pada November depan akan tampil dengan format baharu dan ia dikatakan lebih adil dan kompetitif dengan setiap pasukan berpeluang menjadi tuan rumah.

Rujuk artikel ‘Piala AFF Suzuki 2018 Tampil Dengan Format Baharu Yang Lebih Adil Dan Kompetitif‘ untuk penjelasan lanjut.

Persatuan Bola Sepak Thailand (FA Thailand) telah menghantar senarai 50 pemain kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk pendaftaran awal sebelum dikurangkan kepada 23 pemain.

“Saya tahu pemain-pemain mahu berehat dan bercuti apabila berakhirnya musim nanti.

“Tetapi saya memanggil 50 pemain ini kerana saya mahu mereka tahu, mereka berpeluang untuk tersenarai ke kejohanan AFF,” ujar Milo yang dipetik daripada laman sesawang FA Thailand.

“Jika mereka tidak terpilih untuk persahabatan menentang Hong Kong dan Trinidad & Tobago, ia bukan bermaksud mereka akan tercicir daripada skuad Piala AFF. Jumlah pemain adalah terhad untuk aksi persahabatan.

“Jadi saya mahu mereka tahu, kesemua mereka layak untuk bersama pasukan. Saya akan meneliti mereka secara mendalam sebelum mengumumkan senarai utama,” ujarnya lagi.

Seperti yang telah sedia maklum, Thailand akan bertanding di Piala AFF tanpa kehadiran empat bintang utama pasukan iaitu Chanathip Songkrasin, Teerathon Bunmathan, Teerasil Dangda dan juga penjaga gawang, Kawin Thamsatchanan.

Kawin Thailand

Chanathip, Teerathon dan Teerasil ketika ini sedang beraksi di Liga Jepun (J-League), sementara Kawin pula sedang bergelut bersama pasukan divisyen 2 Liga Belgium (Belgian League), OH Leuven.

Keempat-empat pemain tersebut memiliki kaps yang banyak bersama skuad kebangsaan dengan Chanathip telah membuat 45 penampilan, Teerathon (51), Teerasil (94) dan Kawin (64).

Walaubagaimanapun, Milo tampaknya masih tenang dan menyatakan perkara ini sebenarnya membuka peluang buat pemain-pemain lain untuk menyinar November depan.

Skuad ‘Changsuek‘ atau Gajah Perang itu akan melalui dua aksi persahabatan iaitu menentang Hong Kong pada 11 Oktober dan juga Trinidad & Tobago pada 14 Oktober ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN