Shahrom Kalam Nafi FELCRA FC Tarik Diri Daripada Liga Super Musim Depan

Bekas pemain pertahanan skuad kebangsaan yang kini merupakan kapten FELCRA FC, Shahrom Abdul Kalam menafikan khabar angin yang mengatakan kelabnya akan menarik diri daripada menyertai saingan Liga Super musim depan.

Beliau berkata kepada Berita Harian menjelaskan pihak pengurusan pasukannya tidak akan bertindak terburu-buru dan drastik seperti yang dihebohkan.

“Memang saya mendengar cerita kononnya beberapa kelab termasuk FELCRA akan menarik diri kerana bebanan kewangan, tetapi saya masih bersifat positif ia tidak akan berlaku.

“Tidak mungkin selepas bertungkus-lumus membawa pasukan itu ke Liga Super musim depan, semudah itu pula pengurusan mahu menarik diri. Saya berdoa, apa yang heboh diperkatakan itu tidak benar,” katanya.

Pasukan ‘The Rival’ ini layak ke Liga Super musim depan selepas menduduki tangga kedua dalam Liga Perdana. FOTO: FELCRA FC

Shahrom masih yakin pihak pengurusan akan meneruskan visi mereka mahu menjadikan FELCRA sebagai sebuah kelab terkemuka di Malaysia.

Malah, Shahrom turut berpendapat The Rivals mampu mencabar pasukan yang lebih berpengalaman dalam saingan Liga Super musim depan berdasarkan prestasi mereka dalam Piala Malaysia.

“Sebagai pendatang baharu Liga Perdana, kami menduduki tangga kedua dan layak ke Liga Super. Walaupun terpaksa bersaing dengan pasukan yang sudah berpengalaman seperti PDRM, JDT II (Johor Darul Ta’zim) dan Pulau Pinang.

“Malah, kami memberi cabaran hebat dalam Piala Malaysia. Walaupun gagal melepasi peringkat kumpulan namun kami menduduki tangga ketiga dan hanya dipisahkan satu mata dengan Terengganu dan Perak yang layak ke suku akhir.

“Ini membuktikan jurang antara FELCRA dengan pasukan Liga Super tidak terlalu jauh. Saya yakin, dengan sedikit penambahbaikan, kami mampu memberi saingan lebih baik musim depan.

Katanya lagi, sebagai pemain, dia mahu melihat pasukan ini melangkah lebih jauh dalam kancah Liga M seperti yang dicapai pasukan seperti FELDA United.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN