Impian Indonesia Ke Piala Dunia B-17 Dikuburkan Australia

Seperti negara jiran mereka Malaysia, impian Indonesia untuk melayakkan diri ke Piala Dunia B-17 turut terkubur apabila tewas 3-2 kepada Australia di suku akhir Kejohanan AFC B-16 pada petang tadi.

Skuad Malaysia sebelum itu tersingkir di peringkat kumpulan selepas permulaan cemerlang menewaskan Tajikistan 5-2. diikuti dengan dua kekalahan kepada Thailand dan Jepun.

Indonesia yang cemerlang menduduki tangga teratas Kumpulan C, dianggap sebagai pasukan terbaik daripada Asia Tenggara apabila muncul juara kejohanan AFF B-16 di Surabaya pada Ogos lalu.

Dalam perlawanan pada malam tadi, skuad Garuda juga dilihat mampu mencipta sejarah untuk ke Peru tahun hadapan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-17, dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol tersebut terhasil berpunca daripada kegagalan pertahanan Australia mengekalkan penguasaan bola di tempat sendiri, lantas dihukum oleh Sutan Diego Zico.


Tidak banyak yang boleh diperkatakan mengenai perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan selepas itu.

Namun Australia tidak mahu menunggu lama untuk memperolehi gol penyamaan apabila Daniel Walsh bijak meloloskan diri di antara pertahanan lawan dan penjaga gol, untuk menanduk masuk hantaran Birkan Kirdar melalui sepakan percuma.


Australia kemudiannya mendahului perlawanan pada minit ke-65 apabila mereka menghukum kelalaian pertahanan Indonesia yang hilang kawalan bola di tempat sendiri, melalui serangan balas pantas Joshua Varga yang disudahkan oleh Adam Leombruno.


Australia terus melebarkan kedudukan sembilan minit selepas itu melalui Noah Botic selepas larian beliau mengelirukan Komang teguh Trisnanda diikuti rembatan ke penjuru kiri gawang Indonesia.


Indonesia memperolehi gol kedua perlawanan melalui Rendy Juliansyah yang meyempurnakan hantaran David Maulana, namun ia sudah terlambat buat skuad Garuda itu untuk kembali bangkit.


Akhirnya Indonesia seperti mana Thailand, Vietnam dan Malaysia kesemuanya kecewa gagal ke Piala Dunia B-17 yang akan berlangsung di Peru pada tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN