Krisis Prestasi Di Old Trafford, Ini 5 Perkara Yang Kami Gariskan

Selepas 7 perlawanan, Manchester United tewas 3 daripadanya dan berada di tangga ke-10 selepas tewas 3-1 di tangan West Ham United ketika artikel ini ditulis.

Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan daripada krisis prestasi di Manchester United.

1. Jose Mourinho dan bilik persalinan

Adakah Jose Mourinho sekali lagi hilang kuasa di bilik persalinan? Perkara yang pernah berlaku ketika beliau di Real Madrid dan Chelsea sebelum ini.

Sindrom musim ke-3 terus menghantui Jose Mourinho. Beliau tidak sehaluan dengan Paul Pogba, namun Mourinho menyatakan yang dia dan Pogba baik-baik sahaja secara profesional.

Musim lalu mereka juga pernah bertelagah di tepi padang. Pogba juga pernah disisihkan dalam beberapa perlawanan.

Isu taktikal dan pengurusan pasukan oleh Mourinho dikatakan telah memakan dirinya. Sikapnya yang terlalu kritikal di hadapan media.

Musim lalu beliau menyerang Luke Shaw yang bermain teruk dan terus menyindir penyokong yang mempertikaikan kenapa Young sentiasa menjadi pilihan utama berbanding Shaw.

Hal yang sama beliau lakukan ketika wartawan bertanya kena tiada nama Sanchez. Mourinho terbuka menyatakan Martial dipilih kerana dia nak puaskan hati orang yang mahukan Sanchez direhatkan.

Dalam sidang media sama beliau mengkritik Martial yang lemah dalam bertahan.

Pogba sebelum ini dengan terbuka mengkritik taktikal beliau dan pemain itu berpandangan pasukan segah Manchester United haruslah lebih banyak menyerang bukannya bertahan.

Di Chelsea beliau pernah disabotaj oleh sekumpulan pemain yang membawa kepada pemecatannya. Namun Mourinho ada kluasa pemecatan bernilai lebih £20 juta di Manchester United ketika ini.

2. Krisis prestasi pemain utama

Alexis Sanchez kini dalah bakul senarai pembelian yang tidak berbaloi. Beliau masih gagal memberikan aksi yang terbaik seperti mana yang beliau lakukan ketika di Arsenal.

https://twitter.com/PeoplesPerson_/status/1044198636723335169

Beliau menjadi pemain yang kerap hilang bola dan memiliki ratio jaringan yang agak menghampakan.

Seterusnya pemain seperti Lukaku dan Pogba tidak ada konsistensi untuk bermain baik. Begitu juga dengan pemain seperti Smalling dan Lindelof.

Penyokong Man. United pastinya mahu pemain-pemain ini beraksi sebagaimana mereka dengan negara mereka pada Piala Dunia lalu, kecuali aksi De Gea dengan Sepanyol.

3. Kepimpinan atas padang

Manchester United dikenali dengan kapten yang memiliki nilai kepimpinan yang sangat tinggi dan beberapa orang pemimpin lagi di dalam padang.

Roy Keane, Gary Neville, Wayne Rooney antara nama yang kita sangat kenal. Dan dalam sejarah mereka, terlalu ramai kapten sejati dalam pasukan.

Manchester United’s Paul Scholes celebrates after scoring the opening goal against Leeds with Roy Keane (Photo by Matthew Ashton/EMPICS via Getty Images)

Ketika ini mereka berkaptenkan Antonio Valencia yang dilantik atas dasar senioriti. Kerana pemain yang ada dalam skuad, Valencialah yang paling berpengalaman menjadi kapten.

Pogba cuba dibentuk menjadi pemimpin oleh Mourinho yang memberikan pemain itu jawatan timbalan kapten. Namun tak lama selepas itu Pogba dilucutkan jawatan.

Paul Scholes antara yang kritikal dengan Paul Pogba sebagai kapten kerana dianggap tidak cukup bagus untuk menjadi kapten pasukan seperti Manchester United.

4. Gaya bola sepak

Jika orang menyebut Manchester City, anda akan berkata Juego di posicion. Liverpool terus anda akan sebut gegenpressing. Kini Di Chelsea, ada Sarriball.

Apa pula DNA dan gaya bola sepak Manchester United? Dalam bola sepak moden, peminat mahu kelab seperti ini ada legasi dan gaya permainan yang signifikan.

Mourinho adalah pengurus yang berpegang kepada ‘structured football’ bercorakan sistem yang lebih menekankan aspek bertahan.

Pengesahan itu dibuat sendiri oleh kenyataan Pogba tempoh hari.

Jika musim pertama, Mourinho mungkin mahu cuba membentuk pasukan yang beliau miliki. Tetapi pada musim ke-2 dan ke-3, Manchester United terus statik dalam aspek DNA taktikal bola sepak.

(Photo by Getty Images)

Piala itu penting. Namun memenangi piala dan memiliki DNA bola sepak yang signfikan akan membuatkan anda mencipta legasi.

Paling penting bola sepak itu haruslah ofensif seperti mana yang dilakukan Alex Ferguson satu ketika dahulu. Tak kisah berisiko bolos 2 atau 3 gol tetapi tetap mampu mencari 4 gol.

Jika dahulu Manchester United sangat kejam menghukum lawan mereka dengan gerakan pantas di bahagian sayap dan sangat agresif di tengah.

5. Pembelian pemain

Mourinho berhadapan dengan konflik ketika meminta dana pembelian pemain pada jendela perpindahan lalu.

Ini selepas beliau meminta dana untuk 5 pemain. Jika tak boleh 5 beliau mahukan sekurang-kurangnya 2 pemain. Keutamaan adalah bek tengah.

Mereka memburu Toby Alderweireld sehinggalah ke nama Maguire, Godin, Boaten dan Yerry Mina. Namun Woodward dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu Mourinho.

Ini kerana sebelum itu beliau sudah membeli Lindelof dari Benfica dengan nilai £31 juta dan juga Eric Bailly dari Villareal dengan £30 juta.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 27: Victor Lindelof of Manchester United battles for possession with Lucas Moura of Tottenham Hotspur during the Premier League match between Manchester United and Tottenham Hotspur at Old Trafford on August 27, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Woodward dilaporkan mahu Mourinho membangunkan pemain-pemain seperti Lindelof, dan menggunakan pemain seperti Luke Shaw yang bermain sangat baik ketika di Southampton.

Di serangan mereka ada Rashford dan Martial yang dianggap antara pemain muda terbaik di Eropah. Namun malangnya Martial gagal ke Piala Dunia kerana tidak dapat meyakinkan Deschamps yang mahukan pemain itu lebih minit.

Rumusan

Manchester United memang sedang dalam krisis ketika ini. Namun dapatkan mereka keluar daripada krisis ini secepat mungkin. Musim masih panjang di hadapan mereka.

Pemain seperti Alexis Sanchez perlu ‘step up’ dan membantu pasukan ini supaya kembali ke landasan yang betul.

Adakah Mourinho masih mendapat sokongan daripada lembaga pengarah dan Ed Woodward pada jendela perpindahan Januari nanti?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN