Hari yang tiada inspirasi oleh Manchester United. Paul Pogba dikeluarkan pada minit ke-71 di kala pasukannya cuba bangkit.
Manchester United bertandang ke West Ham selepas dipenuhi kontroversi luar padang sepanjang minggu ini. Mereka pastinya mahu bangkit selepas diikat oleh Wolves minggu lalu.
West Ham pula dalam motivasi terbaik mereka selepas menang ke atas Everton dan seri menentang Chelsea sebelum ini.
West Ham bermula dengan garang, gol awal menerusi ‘flick’ oleh Felipe Anderson hasil umpanan Zabaleta.
Sebelum rehat, rembatan Yarmolenko terbias pada kaki Lindelof. Sekaligus meletakkan West Ham 2 gol di hadapan.
https://twitter.com/D9INE_NEXUS3/status/1046022358358605825
Bersambung babak kedua, Pogba dikeluarkan pada minit ke-71. Man. United kelihatan bakal bangkit apabila Rashford dengan bijak menyempurnakan hantaran Luke Shaw dengan satu flick di near post.
Situasi ‘game on’ itu hanya bertahan 3 minit di mana Arnautovic menjaringkan gol ke-3 untuk The Hammers.
Ini adalah kemenangan kedua West Ham musim ini dan kekalahan ke-3 oleh Man. United. 10 mata daripada 7 perlawanan adalah menyamaai permulaan terburuk mereka pada 2013/14.
Manchester United have equalled their worst-ever start to a Premier League campaign after seven matches.
10 points – 2013/14
10 points – 2018/19Not a happy camp. pic.twitter.com/7IQ41BZT9f
— Squawka (@Squawka) September 29, 2018
Kekalahan ini terus meletakkan Jose Mourinho di dalam tekanan.