Dalam bola sepak, ada dua jenis pemain terkenal.
Pertama, pemain yang terkenal kerana pencapaiannya di padang seperti Kevin de Bruyne, Bas Dost, Julian Draxler dan Diego Benaglio.
Kemudian, ada pemain yang terkenal kerana kontroversinya di luar padang seperti Nicklas Bendtner.
Terbaru pemain yang terkenal dengan gelaran Lord Bendtner ini didenda oleh kelabnya, VfL Wolfsburg selepas memuat naik gambarnya bersama kereta Mercedes Benz di akaun Instagram beliau.
https://www.instagram.com/p/BB3Kelmg_re/
Hal ini sudah pastinya dianggap serius oleh Wolfsburg, kelab bola sepak dimiliki oleh Volkswagen dan diasas oleh pekerja Volkswagen pada 1940-an.
Seperti yang tertera dalam klausa kontrak setiap pemain dan staf, mana-mana pemain dan staf pengurusan Wolfsburg dilarang bergambar dengan mana-mana jenama pesaing Volkswagen.
Pengarah Sukan Wolfsburg, Klaus Allofs mengesahkan Bendtner telah didenda.
“Ia satu kesalahan dan dia perlu membayarnya.”
Bendtner pernah didenda £80,000 dan digantung satu perlawanan atas kesalahan hampir sama apabila menayang seluar dalam yang tertera nama penajanya ketika meraikan jaringannya menentang Portugal dalam EURO 2012.
Baca juga: Bintang Muda Wolfsburg, Junior Malanda Terkorban Dalam Nahas Kemalangan Jalan Raya