Aubameyang Disaman Kerana Memandu Lamborghini Melebihi Had Laju

Bintang Arsenal yang berasal dari Gabon,  Pierre-Emerick Aubameyang didenda kira-kira RM6,800 kerana memandu melebihi had laju kereta yang dibeli pada harga kira-kira RM1.5 juta.

Beliau bukan sahaja terkenal sebagai pemain yang pantas di padang, tetapi juga gemar memandu kereta mewah berprestasi tinggi termasuk miliknya yang terbaharu Lamborghini Aventador.

Dia turut dikenakan enam mata penalti selepas dirakam oleh kamera memandu melepas had laju di kawasan M1 di sini.

Menurut laporan daripada Mirror Football, Aubameyang ketika hadir di hadapan Majistret Willesden di Mahkamah Utara London, pendakwa Alison Larkin memberitahu tertuduh ditahan dan ditanya kenapa memandu laju dan tiada sebarang jawapan balas.

Peguam Aubameyang, Robert Morris berkata, ayam tambatan Arsenal itu mengaku bersalah dan meminta maaf di atas perbuatannya.

Aubameyang terkenal dalam kalangan peminat Arsenal gemar mengumpul kereta mewah seperti Porsche, Ferrari dan Range Rover.

Aubameyang dipercayai memperolehi pendapatan lebih RM975,000 sebulan selepas berpindah dari Borussia Dortmund Januari lalu.

https://twitter.com/FootbalIStuff/status/960110935972237313

Malah pemain yang berusia 28 tahun itu berhasrat menjual Lamborghini Aventador tempah khas miliknya pada harga £250,000 (RM1.4 juta) di Jerman.

Kereta kategori ‘supercar’ milik bekas pemain Borussia Dortmund itu mempunyai cat metalik unik dan logo khas di bonet yang kini berada dalam pasaran jual beli kereta negara itu sejak September lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN